Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

221) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan nama seluruh Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan juga anak syarikat PKNS pada ketika ini ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan sehingga kini berapakah tanah rizab milik PKNS yang masih belum dimajukan ? Sila berikan butir-butir ?

  3. Sila nyatakan jumlah elaun dan bonus yang dibayar oleh pihak PKNS kepada AhliAhli Lembaga Pengarah Syarikat dan juga seluruh anak syarikat PKNS dari tahun 2006 hingga 2009 ?

    Klik jawapan »

222) SISTEM PEMANTAUAN KELULUSAN TANAH ATAU TOL

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Siapakah yang boleh memantau kelulusan tanah atau TOL?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah ADN boleh memantau kelulusan tanah atau TOL memandangkan pejabat Tanah tidak pernah mengemukakan apa-apa permohonan?

    Klik jawapan »

223) PROGRAM SPIES

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan sehingga kini bagaimanakah perkembangan dan pencapaian Program SPIES terhadap matlamat asalnya

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jabatan dan agensi Kerajaan yang telah menyertai program tersebut sehingga kini dan berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kesan yang paling ketara dan manfaatnya program ini terhadap para peserta?

    Klik jawapan »

224) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan nama ADUN, ahli politik atau pegawai kerajaan/PBT (samada bekas atau semasa) yang memiliki rumah kos rendah di Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang telah diambil ataupun yang akan diambil terhadap mereka yang disenaraikan dalam para (a) di atas? Jika tiada, mengapa?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa penjualan/pembelian rumah kos rendah diberikan kepada rakyat miskin yang berkelayakan?

    Klik jawapan »

225) LITTLE INDIA OF KLANG

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menggazet Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan di Kawasan Tengku Kelana, Klang di atas nama-nama tokoh dan orang kenamaan India bagi menjadikan Jalan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLittle India of Negeri SelangorÓ

    Klik jawapan »

  3. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina satu Pusat Kebudayaan India di kawasan Tengku Kelana Klang sebagai ÒLITTLE INDIAÓ di Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

226) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak jumlah pemberian tanah bagi mendirikan rumah ibadah bukan Islam sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah bantuan kewangan untuk mendirikan rumah ibadah atau ubahsuai tempat ibadah bukan Islam ini?

    Klik jawapan »

227) SYARIKAT GLC

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah pegawai-pegawai atasan di syarikat-syarikat GLC kerajaan Selangor menerima gaji dan bonus yang tinggi sedangkan kerajaan Selangor perlu berjimat cermat dalam perbelanjaannya?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan akan membentangkan laporan audit KSSB ke Dewan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

228) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan walaupun sudah berulang kali masalah tersebut diutarakan kepada pihak Kerajaan ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan statistik jumlah kemalangan yang dicatatkan di sepanjang jalan tersebut sejak 3 tahun yang lalu ?

    Klik jawapan »

229) PERTUBUHAN JMB DI SHOP LOT PANDAN PERDANA (SEBELAH PANDAN SAFARI)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan semua JMB yang ada di kawasan tersebut.

  2. Suatu AGM telah pun diadakan pada tahun 2009 adakah segala akaun dan hak pengurusan telah diserahkan kepada JMB baru. Jika tidak sila nyatakan sebab

230) SANITARY LANDFILL TANJUNG DUA BELAS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah-masalah utama yang timbul ketika menggunakan sanitary landfill ini?

    Klik jawapan »

  2. Secara puratanya, berapakah jumlah berat sampah yang dibawa ke sanitary landfill ini setiap bulan?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan PBT-PBT yang menggunakan sanitary landfill ini.

    Klik jawapan »