Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

31) WABAK DENGGI DI KAWASAN HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kes denggi di Hulu Langat menjadi tempat tertinggi di Malaysia. Mengapakah Daerah Hulu Langat berterusan tertinggi dengan kes-kes denggi

    Antara sebab-sebab kejadian Denggi yang tinggi di Daerah Hulu Langat adalah:

    • Kepadatan penduduk yang tinggi yang memudahkan perebakan penyakit Denggi
    • Kebersihan alam sekeliling yang kurang memuaskan di beberapa lokaliti yang meyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes
    • Kurang kerjasama daripada penduduk di beberapa kawasan dalam aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk
  2. Apakah tindakan bagi mengurangkan kes-kes denggi di Hulu Langat

    Tindakan bagi mengurangkan kes-kes Denggi di daerah Hulu Langat termasuk:

    • Mempergiatkan aktiviti gotong royong di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menghadapi masalah pembiakan nyamuk Aedes
    • Penubuhan Jawatankuasa Combi di kawasan yang bermasalah Denggi untuk memastikan aktiviti kawalan Denggi dilaksanakan secara berterusan
    • Pendidikan kesihatan kepada komuniti untuk menjaga kebersihan alam sekeliling dan juga mengamalkan ‘Kempen Pembersihan 10 Minit Seminggu’ di kawasan rumah mereka
    • Operasi pemeriksaan untuk pembiakan Aedes dan semburan pada hujung  minggu untuk lokaliti-lokaliti di mana penghuninya susah ditemui pada hari kerja biasa
    • Taklimat kepada pengusaha kilang untuk menjalankan aktiviti kawalan Aedes di kilang dan tempat penginapan pekerja
  3. Sejauh manakah kajian saintifik dibuat bagi mengurangkan kes denggi dari berlaku?

    Kajian ovitrap dijalankan di lokaliti yang bermasalah untuk mengenal pasti keberkesanan aktiviti semburan asap dan pemusnahan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Lampiran

Tiada Lampiran.