Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
171) STATUS TANAH DI KAMPUNG KERANDANG BUKIT TAGAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan status tanah di Kampung Kerandang Bukit Tagar yang terdapat lebih kurang 750 peneroka yang telah lama mengusahakan tanah tersebut?
PTD Hulu Selangor melalui fail PTUS: (R) 07/13/PB01/0136/022004 bertarikh 26.6.2008 telah mengemukakan kertas ringkasan untuk pertimbangan MMKN seperti berikut:
Permohonan Untuk Membatalkan Sebahagian Kawasan Hutan Simpan Bukit Tarek GN 2835 -14 Seluas 1198.50 Hektar Mukim Sungai Tinggi Daerah Hulu Selangor; dan
Permohonan Pelupusan Secara Pemberimilikan Di Atas Tanah Kerajaan Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara Seluas 0.6 Hektar – 1.5 Hektar/Lot Di Mukim Sungai Tinggi Daerah Hulu Selangor daripada HAIRUL AZMAN B MD NOH dan 779 Pemohon .
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 25/2009 bertarikh 12 Ogos 2009 melalui Kertas EXCO-MTES No: 2/22/2009 tidak membincangkan mengenai kertas ringkasan Pejabat Tanah tetapi membincangkan kertas ringkasan daripada Pejabat Hutan Negeri Selangor melalui fail PHN.SEL (S) 01/5/53 Klt 5 dengan menimbang dan bersetuju dengan perkara-perkara seperti berikut:
- Mengekalkan kawasan terokaan seluas lebih kurang 354 hektar berkenaan sebagai Hutan Simpan. Jabatan Perhutanan Selangor akan mengambil tindakan untuk menghutankan semula kawasan yang telah diteroka secara haram;
- Jabatan Perhutanan juga akan mengambil tindakan ke atas penerokapeneroka yang telah menceroboh Hutan Simpan tersebut secara haram;
- Mengenakan caj ke atas peneroka haram dan penduduk yang telah mengusahakan tanah tersebut tanpa kebenaran Kerajaan Negeri; dan
- PTD Hulu Selangor diminta menolak terus sebarang permohonan pemberimilikan ke atas hutan ini pada masa akan datang.
PTD Hulu Selangor telah mengambil maklum ke atas keputusan tersebut.