Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

98) SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET) PENGGAL PERTAMA KE-12 TAHUN 2008 YANG TIDAK DIJAWAB

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila beri sebab-sebab mengapa adanya sebahagian daripada soalan-soalan bertulis bagi Mesyuarat Ketiga yang lepas (Oktober 2008) yang tidak dijawab /tidak mempunyai jawapan.

    Pejabat Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi setiap soalan-soalan yang dikemukakan oleh Y.B. ADUN Selangor.  Bagi setiap soalan-soalan yang dikemukakan, melalui Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan yang dipengerusikan oleh YB Tuan Speaker telah ditetapkan satu jangka masa untuk soalan-soalan tersebut dijawab oleh jabatan-jabatan yang berkenaan iaitu sebelum tarikh persidangan.  Oleh yang demikian,  pentadbiran ini hanya akan dapat mengedarkan jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan setelah menerima jawapan daripada jabatan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.