Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

252) SMART SELANGOR DELIVERY UNIT (SSDU)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pecahan peruntukan unit ini dan signifikasinya?

    Pecahan peruntukan adalah seperti berikut

    Bil Butiran Jumlah

    (RM’ juta)

    Signifikasi*
    1 Smart App Development Platform (SADP) 12 Memberi keupayaan untuk menggabungkan data dan membina ekosistem digital di Selangor.
    2 Smart Selangor Command Centre 2 Membolehkan pihak kerajaan memantau situasi semasa dan menganalisa data raya bagi membentuk dan merancang polisi yang lebih efektif.
    3 Wifi Percuma Smart Selangor 6 Memberi peluang kepada semua lapisan rakyat untuk mencapai rangkaian internet pantas secara percuma.
    4 Demonstrasi “Internet of Things” (IOT) 2 Membantu menambah baik perkhidmatan dan proses pengumpulan data daripada mesin ataupun pengesan (sensor).
    JUMLAH 22

     

  2. Sejauh manakah keberkesanan SSDU?

    Keberkesanan SSDU

    Sejak diberi mandat dari MMKN pada April 2016, SSDU telah merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

     

    • Intelligent Response Selangor (i-RS) – Sistem pemprosesan pelaporan keadaan jalan berlubang di Negeri

     

    • Smart Selangor Command Centre (SSCC) – iaitu satu prototype pusat kawalan dan pemantauan untuk kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkepentingan.

     

    • Community Opinion On-Line (COOL) – Aplikasi pintar yang membolehkan rakyat Selangor berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri melalui penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing.

     

    • Selangor Intelligent Transport System (SITS) – Sistem yang membolehkan pemantauan pergerakan bas dan pemberitahuan jangka masa ketibaan bas Smart Selangor di perhentian

     

    • Sistem i-Clean – Pembangunan sistem i-Clean bersama KDEBWM untuk pelaporan lokasi sampah dan sampah haram di dalam kawasan operasi KDEBWM.

     

    • Pembangunan awal (versi 1.0) Blueprint Smart Selangor

     

    • Sensor Air Quality Index (AQI)

     

    • Membina budaya kolaborasi di antara agensi kerajaan, PBT, agensi PBT, GLC dan sektor swasta untuk merangka penyelesaian di bawah inisiatif Smart Selangor termasuk menilai model perniagaan yang

     

    • SSDU bersama SITEC telah menganjurkan Smart Selangor International Conference 2017 pada 7-9hb September 2017, yang telah berjaya menarik 5,000 pengunjung, 3,000 peserta Conference dan 260 pameran dari seluruh dunia. Selain itu, SSDU juga menjalinkan jaringan bersama pembangunan Smart City antarabangsa, di antaranya Barcelona, Amsterdam, United Kingdom dan
  3. Nyatakan jumlah rakyat yang menerima manfaat dari SSDU?

    Manfaat dari inisiatif di bawah SSDU

    Bil Program Pihak Bermanfaat
    1 Smart     App                Development Platform (SADP) Pihak SUK, agensi-agensi kerajaan, Badan berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan GLC akan dapat menggabungkan data-data mereka di antara satu sama lain dan memberi kebolehan kepada pihak-pihak tersebut untuk menganalisa data raye. Ini akan membolehkan mereka meningkatkan mutu perkhidmatan, membuat perancangan yang lebih berkesan dan melancarkan polisi data terbuka (open data) kepada orang awam dan pihak swasta. Pihak-pihak swasta juga berpeluang untuk membangunkan aplikasi dan sistem dengan menggunakan platform SADP.
    2 Community               Opinions OnLine (COOL) Seluruh penduduk meliputi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal menerima manfaat kerana COOL adalah aplikasi pintar yang membolehkan rakyat Selangor berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri melalui penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing.
    3 Intelligent                                 Response Selangor (i-RS) Sistem yang menghubungkan pengguna aplikasi Waze di Selangor yang berjumlah melebihi 2.5 juta untuk melaporkan lokasi jalan berlubang. Sehingga kini, hampir 15,000 laporan telah diterima daripada rakyat.
    4 Selangor                                  Intelligent Transport System Semua pengguna Bas Smart Selangor bakal mengetahui waktu ketibaan bas di setiap perhentian bas secara real time.
    5 Wifi         Percuma         Smart Selangor Pengguna berdaftar Wi-Fi Smart Selangor yang berjumlah 835,664 sehingga September 2017.
    6 Demonstrasi     “Internet      of Things” (IOT) Pemantauan Indeks Pencemaran Udara berdasarkan PM2.5 untuk seluruh rakyat Selangor.

     

    Bil Program Pihak Bermanfaat
    7 Smart Selangor Command Centre (SSCC) Unit Pengurusan Bencana (UPB) menggunakan SSCC untuk memantau banjir, pembakaran terbuka dan cerun bahaya untuk memberi tindak balas yang lebih pantas terhadap situasi bencana. Pada masa yang sama, kita juga memantau perkhidmatan bas smart selangor, indeks kualiti udara, wi-fi smart selangor, keadaan jalan dan pengurusan kutipan sampah untuk menambah baik perkhidmatan kepada rakyat.
    8 Early Intervention Program (EIP) Taska seluruh Selangor telah mendaftar untuk program EIP dengan keutamaan diberikan kepada taska luar bandar yang sehingga kini telah disertai lebih 1,000 peserta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.