Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

81) SISTEM PERLANTIKAN AJK MASJID YANG BARU

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sistem pemilihan AJK Masjid di seluruh Selangor dibuat secara lantikan oleh anak kariah secara terbuka melalui pemilihan undi terbuka sejak dahulu. Adakah sistem pemilihan ini terus dipraktikkan pada masa yang akan datang?

    Proses pelantikan yang dilaksanakn adalah berdasarkan kepada peruntukan kaedahkaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (pindaan) 2001. Sistem yang sedia ada adalah yang sesuai untuk dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan umat Islam meletakkan tanggungjawab dan amanah untuk mentadbir masjid.

  2. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membuat penambahbaikan dengan mengadakan sistem yang lebih berkesan dan bersistematik dengan data yang lengkap dan sepadu

    Sistem yang dilaksanakan adalah terbuka untuk mendapat teguran dan penambahbaikan. Dalam hal ini JAIS dari masa ke semasa akan membuat kajian dan semakan kepada semua sistem yang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.