Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
102) RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Butirkan senarai projek Rumah Selangorku yang telah ditukarkan kepada Rumah Idaman?
Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 13 Julai 2020 telah memperkenalkan Pelan Pemulihan Ekonomi, Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 3 di bawah Tonggak Kedua iaitu, Kemampanan Ekonomi telah memberi penumpuan untuk merancakkan lagi pembangunan hartanah setelah penularan wabak COVID-19 mula terkawal.
Insentif ini membenarkan pemaju meminda syarat daripada Rumah Selangorku Jenis A, Jenis B, Jenis C dan Jenis D kepada satu jenis sahaja iaitu Rumah Selangorku Jenis E (Khas) atau dikenali sebagai Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI.
Sehingga 31 Julai 2021, sebanyak 20 projek yang melibatkan 42,992 unit Rumah Idaman MBI telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Perincian projek tersebut adalah seperti di Jadual 1 Lampiran.
LAMPIRAN 1
Jadual 1 : Senarai Projek Rumah Idaman Mbi Yang Telah Diluluskan Oleh MMKN
BIL NAMA PROJEK/ PEMAJU JUMLAH UNIT JENIS RUMAH KELULUSAN 1. Batu 18, Semenyih (Kajang Tropicana)/ Konsortium PNSB Contruction
2,059 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 8/2019 pada 2 April 2019
2. PT39626 Seksyen U10, Shah Alam/ MBI 5,000 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 41/2020 pada 2 Disember 2020
3. PT31844 Salak Tinggi, Dengkil/ MBI 10,516 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 41/2020 pada 2 Disember 2020
4. Lot37343 Taman Air Manis, Sabak Bernam/ MBI 222 Teres MMKN Ke 41/2020 pada 2 Disember 2020
5. Abadi Heights, Dengkil/ Konsortium PNSB Contruction
513 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 2/2021 pada 20 Januari 2021
6. Cybersouth KITA, Dengkil/ Konsortium PNSB Contruction
1,048 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 2/2021 pada 20 Januari 2021 7. Myra Saujana, Sg Merab/ Konsortium PNSB Contruction
919 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 2/2021 pada 20 Januari 2021
8. Cahaya SPK, Shah Alam/ Konsortium PNSB Contruction
1,572 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 2/2021 pada 20 Januari 2021
9. Encorp Taman Cahaya Alam, Shah Alam/ Konsortium PNSB Contruction
1,853 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 2/2021 pada 20 Januari 2021
10. Taman Alam Perdana, Ijok/ Konsortium PNSB Contruction
1,258 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 2/2021 pada 20 Januari 2021
11. Bukit Jelutong/ Konsortium PNSB Contruction
1,260 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 3/2021 pada 27 Januari 2021
12. Rimbayu/ Konsortium PNSB Contruction
2,150 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 6/2021 pada 17 Februari 2021
13. Desa Pinggiran Putra/ Konsortium PNSB Contruction
502 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 5/2021 pada 10 Februari 2021
14. Idaman Living/ Konsortium PNSB Contruction
1,448 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 5/2021 pada 10 Februari 2021
15. KWASA MBSA/ Konsortium PNSB Contruction
3,928 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 7/2021 pada 24 Februari 2021
16. Guocoland/ Konsortium PNSB Contruction
2,252 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 7/2021 pada 24 Februari 2021
17. Alam Perdana Worldwide/ Konsortium PNSB Contruction
1,349 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 8/2021 pada 3 Mac 2021 18. Elmina/ Konsortium PNSB Contruction
3,138 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 8/2021 pada 3 Mac 2021 19. Greenwoods Salak Perdana/ Konsortium PNSB Contruction
1,076 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 10/2021 pada 17 Mac 2021
20. Kemuning Utama Parcel 1/ Konsortium PNSB Contruction
929 Apartment (Jenis E Khas) MMKN Ke 12/2021 pada 31 Mac 2021
JUMLAH 42,992 -
Berapa tambahan hasil kepada Kerajaan Negeri hasil daripada proses ini?
Untuk makluman Yang Berhormat, dengan memperkenalkan insentif ini, Kerajaan Negeri akan memperoleh hasil dalam bentuk ‘in kind’ sebagai kontra secara percuma kepada pindaan Rumah Selangorku Jenis A dan Jenis B iaitu Rumah Idaman yang bernilai RM250,000.00 seunit. Antara ciri- ciri Rumah Idaman yang dikontra secara percuma kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :
- Berkeluasan minima 1,000 kaki persegi;
- Dua (2) unit tempat letak kereta sebagai ‘accessory parcel’ untuk rumah tersebut;
- Kelengkapan minimum seperti Kabinet Dapur, Kipas (4 unit), Lampu (disemua ruang) dan Grill (pintu / tingkap);
- Kos guaman perjanjian jual beli dan bayaran penyelenggaraan secara percuma selama 24 bulan bagi Rumah Idaman MBI yang di kontra kepada Kerajaan Negeri ditanggung oleh pihak
-
Berapakah bilangan rumah idaman yang telah dan akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Julai 2021, Kerajaan Negeri secara dasarnya bakal memperoleh sebanyak 1,060 unit Rumah Idaman MBI yang bernilai RM265,000,000.00. Kesemua unit –unit tersebut akan diperoleh secara berperingkat mengikut kemajuan projek.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, jangkaan unit paling awal diterima oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 70 unit di projek Rumah Idaman MBI (Idaman Abadi), Kajang 2, Batu 18 Semenyih yang dijangka siap dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada suku keempat Tahun 2021.