Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

53) RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini Program Rumah Idaman Rakyat Selangor?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak dua (2) projek perintis Rumah Idaman Rakyat Selangor yang diterajui oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha mempelbagaikan penyediaan dan pilihan Rumah Mampu Milik di Negeri Selangor selain projek Rumah Selangorku bagi golongan sasaran B40 & M40. Kedua-dua projek ini kini dalam proses memperoleh kelulusan Kebenaran Pendirian Bangunan (KMB) dan Pelan Bangunan (BP) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seterusnya mendapatkan Permit Menjual dan Pengiklanan (APDL) daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ianya dapat ditawarkan kepada golongan sasaran. Perincian projek tersebut adalah seperti berikut: –

     

    No Pemaju PBT Status Jumlah Unit
    1 Konsortium PNSB Construction MPKj Dalam proses memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) 2,059 Unit
    2 Trans Loyal Development MPKj Dalam proses memperoleh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Belum dimuktamadkan
    Jumlah 2,059 unit
  2. Apakah kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor?

    Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman. Sehubungan dengan itu, syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah berdasarkan kepada syarat Rumah Selangorku seperti berikut :

     

    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
    • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
    • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
    • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
    • Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.