Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

146) PUSAT LATIHAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur, pengurusan, pengarah dan lokasi pusat latihan ini?

    1. Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri daripada tiga (3) pusat latihan iaitu:

     

    1. Pusat Latihan Awam Selangor (Ibu Pejabat) di Morib, Kuala Langat;
    2. Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (PULAPES), Jugra, Kuala Langat; dan
    • Akademi Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM), Jugra, Kuala

     

    Berdasarkan semakan terhadap data perjawatan yang dikemas kini, struktur pengurusan PLAS terdiri daripada jawatan-jawatan berikut:

     

    No. Jawatan Gred Bilangan
    1. Ketua Penolong Setiausaha (Dasar)

    – Merangkap Pengarah

    PTD M48 1
    2. Timbalan Pengarah PTD M44 1
    3. Pegawai Tadbir N44 2
    4. Komandan N27 1
    5. Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) W22 1
    6. Timbalan Komandan N22 1
    7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 1
    8. Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) N17 2
    9. Pembantu Am Pejabat N1 1
    10. Pemandu R1 3
    Jumlah keseluruhan 14 orang
  2. Apakah fungsi pusat-pusat latihan?

    1. Pada awal penubuhan PLAS pada tahun 2006, PLAS yang dahulunya dikenali sebagai Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan (ILPBT) telah memberi penekanan kepada program-program latihan untuk kumpulan pegawai peringkat Pengurusan dan Profesional (P&P) PBT Negeri Selangor. PLAS juga turut mengadakan kursus-kursus untuk lain-lain anggota perkhidmatan PBT termasuk untuk Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Selain itu, pihak PLAS juga turut mengadakan latihan-latihan kepada kakitangan kumpulan pelaksana dan kursus-kursus dengan usah sama beberapa agensi-agensi kerajaan antaranya Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia (IIM) dan lain-

     

    Setelah penjenamaan dan kajian semula dijalankan, kini PLAS berperanan menyediakan kursus / bengkel / seminar yang merangkumi aspek sistem penyampaian perkhidmatan teras (core-business) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Antara kursus / bengkel / seminar yang dijalankan adalah seperti berikut:

     

     

    1. Kursus Pengurusan dan Perundangan Tanah Negeri Selangor Objektif pelaksanaan kursus: Memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran asas mengenai aspek pentadbiran dan perundangan

     

    ii) Kursus Kemahiran Pemetaan MapInfo

    Objektif pelaksanaan kursus: Memberi latihan kemahiran kepada Penolong Pegawai Tanah tentang pemetaan tanah menggunakan perisian MapInfo.

     

    iii)Kursus Asas Fotografi Dan Photoshop

    Objektif pelaksanaan kursus: Memberi latihan kemahiran asas tentang fotografi dan photoshop bagi membantu anggotan pentadbiran tanah menyediakan laporan persempadanan tanah dengan tepat.

     

    iv)Kursus Asas Kemahiran AutoCAD & Web-Based Pengurusan Tanah Negeri Selangor

    Objektif pelaksanaan kursus: Memberikan latihan kemahiran asas kepada anggota pentadbiran tanah tentang penggunaan perisian AutoCAD bagi menyediakan persempadanan tanah yang lengkap.

     

    v) Kursus Aplikasi Pemetaan Tanah Untuk Pegawai Petempatan Dan Pelukis Pelan

    Objektif pelaksanaan kursus: Memberikan pengetahuan tentang cara mengendalikan kerja pemetaan dan lukisan teknikal.

     

    1. Kursus Pemantapan Pengurusan Kumpulan Penghulu Selangor Objektif pelaksanaan kursus: Mendedahkan kepada para Penghulu tentang prosedur dan perundangan tanah, pengurusan harta pusaka dan meningkatkan pengetahuan berkenaan

     

    PULAPES pula bertanggungjawab menyediakan kursus-kursus khas kepada Pegawai Penguatkuasa di Pejabat Daerah / Tanah dan Pihak BerkuasaTempatan Negeri Selangor antaranya:

     

    i.Kursus Asas Penguatkuasa

    Objekif pelaksanaan kursus: Memberikan latihan disiplin dan pengetahuan tentang aspek perundangan dan Standard Operation Procedure (SOP) dalam penguatkuasaan.

     

    ii. Kursus Jatidiri PDT(Penguatkuasa)

    Objektif pelaksanaan kursus: Memberikan latihan ke arah membentuk keperibadian penguatkuasa yang tahan lasak dan profesional.

     

    iii. Kursus Iringan Orang KenamaanSiri 1 (Tahap 1)

    Objektif pelaksanaan kursus: Mendedahkan penguatkuasa berkaitan prosedur mengiringi orang kenamaan.

     

    iv. Kursus Orentasi Koperal & Sarjan

    Objektif pelaksanaan kursus: Memberikan latihan kepimpinan kepada penguatkuasa berpangkat Koperal dan Sarjan dalam memimpin pasukan penguatkuasa.

  3. Sejauh manakah sumbangan pusat latihan tersebut terhadap tahap perkhidmatan awam Selangor?

    PLAS menyediakan kursus-kursus kepada pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan peningkatan kerjaya. Hasil daripada pelaksanaan kursus–kursus tersebut sehingga kini terdapat lebih daripada 1000 orang kakitangan awam yang berkhidmat di PBT dan PDT Negeri Selangor serta lebih 500 orang Ahli Majlis PBT Negeri Selangor telah mengikuti pelbagai kursus dari tahun 2006 hingga kini. Pihak PLAS Morib dan PLAS PULAPES senantiasa menumpukan perhatian untuk mengadakan kursus-kursus yang dicadangkan oleh pihak Pejabat Tanah / Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor selain memartabatkan proses pembelajaran sepanjang hayat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.