Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

218) PROJEK RUMAH PPR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon Kerajaan Negeri memberikan data, berapakah jumlah projek rumah PPR yang telah dan sedang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan berapakah jumlah rakyat Selangor yang telah mendaftar sebagai pemohon?

    Untuk makluman Yang Berhormat, di Negeri Selangor hanya terdapat 4 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dibangunkan di Negeri Selangor dan tiada sebarang pembangunan baru PPR setakat ini. Berikut adalah PPR yang telah siap dibina dan disewakan kepada golongan berpendapatan

     

    Bil. Projek Bil. Unit Diuruskan
    1. PPR Kg. Baru Hicom 980 PHSSB
    2. PPR Kota Damansara 1,152 PHSSB
    3. PPR Serendah 300 PHSSB
    4. PPR Lembah Subang 1 3,004 MBPJ
    JUMLAH 5,436  
  2. Berapakah yang telah diluluskan permohonannya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini tiada sebarang kelulusan pembinaan baru PPR di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif baru iaitu pembelian unit rumah kos rendah di kawasan pembangunan dengan menyewakan kepada mereka yang memerlukan. Setakat ini sebanyak 36 unit rumah kos rendah telah dibeli. Penempatan sewaan di kawasan-kawasan pemajuan ini berperanan seperti berikut:

     

    • meningkatkan jati diri penyewa tanpa perlu dikumpulkan dalam satu kumpulan yang seringkali dikaitkan dengan kemiskinan;
    • membentuk kesedaran dan pendidikan kehidupan rumah bertingkat melalui JMB/JMC/MC;

     

    • tidak dibebani kos penyelenggaraan yang tinggi kerana kerajaan Cuma membayar hak kerajaan sahaja;
    • memperluaskan pergaulan mereka dengan golongan-golongan lain; dan
    • Memastikan ianya di kawasan kemajuan

     

    Pembelian ini akan diteruskan di kawasan-kawasan bandar dan dijangka menjelang tahun 2018 sebanyak 200 unit dapat dibekalkan.

  3. Adakah terdapat unjuran keperluan rumah PPR di kawasan tertentu?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kadar sebenar yang memohon berdasarkan rekod PHSSB adalah sebanyak 351 orang

Lampiran

Tiada Lampiran.