Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

260) PROGRAM KEMAHIRAN TEKNIKAL

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan Program Kemahiran Teknikal (PKT) dengan kerjasama Kolej Internasional INPENS di Kuala Selangor. Apakah kemudahan yang disediakan dalam PKT?

    Kerajaan Negeri sentiasa membantu anak-anak muda yang tercicir dalam bidang akademik untuk mendapatkan peluang pelajaran di dalam bidang kemahiran. Oleh yang demikian Program Kemahiran Teknikal ini diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar yang ibu bapa berpendapatan di bawah RM 1500.00 sebulan untuk mengikuti program kemahiran di bawah Sijil Kemahiran

     

    Program-program yang ditawarkan di bawah program Tajaan Kemahiran Teknikal ini adalah seperti berikut:

     

    • Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal;
    • Juruteknik Kenderaan Motor;
    • Juruteknik Elektrik;
    • Juruteknik Elektronik Industri;
    • Pembuat Pakaian Wanita;
    • Juru kecantikan & Juru estetik;
    • Juruteknik Sistem Komputer;
    • Penyahbekuan dan Penyaman Udara; dan
    1. Pendandan
  2. Nyatakan jumlah peserta yang telah terlibat dalam PKT dan bagaimana kadar kebolehcapaian mereka sekarang?

    Sehingga kini, jumlah pelajar yang ditaja dalam program tersebut adalah seramai 3,446 pelajar. Seramai 2,429 pelajar yang berjaya mendapat keputusan terampil iaitu lulus manakala selebihnya tidak lulus atau telah berhenti

  3. Berapakah peruntukan yang dibelanjakan bagi melaksanakan PKT?

    Sebanyak RM 12,864,372.00 telah dibelanjakan sejak tahun 2008 hingga kini. Senarai pecahan perbelanjaan mengikut tahun adalah seperti berikut:

     

    Tahun 2008 sebanyak RM 791,749.00;

    Tahun 2009 sebanyak RM 1,159,173.00;

    • Tahun 2010 sebanyak RM 2,668,000.00;
    • Tahun 2011 sebanyak RM 2,745,000.00;
    • Tahun 2012 sebanyak RM 2,487,450.00; dan
    • Tahun 2013 sebanyak RM 3,013,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.