Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

87) PERKAHWINAN BAWAH UMUR DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan permohonan dan kelulusan perkahwinan bawah umur mengikut DUN, pecahan kaum dan taraf ekonomi.

    Berdasarkan kepada rekod pendaftaran kes di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), jumlah Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur bagi orang Islam yang didaftarkan di Negeri ini dalam tempoh 2015 hingga 2017 adalah sebanyak 245 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 221 permohonan diluluskan oleh mahkamah, manakala yang selebihnya dibuang, ditolak atau pemohon menarik semula permohonan mereka. Data terperinci adalah seperti berikut:

    Bil Status/Tahun 2015 2016 2017 Jumlah
    1. Lulus Permohonan 85 66 70 221
    2. Batal/Buang Permohonan 6 5 13 24
    Jumlah 91 71 83 245

    Data perkahwinan bawah umur bagi yang bukan Islam, ia di bawah kawalan

    Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.