Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

144) PENYERAHAN PUTRAJAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada peringkat permulaan Y.B. TUAN DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO menjadi Menteri Besar Selangor (2001) berlaku penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan. Apakah prjanjian utama antara negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan penyerahan tersebut?

    Satu perjanjian penyerahan Putrajaya Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan telah dibuat pada 30 Julai 1995. Perjanjian ini memperuntukkan suatu pemberian untuk selama-Iamanya tanpa sekatan kepentingan kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan satu kawasan di dalam daerah Sepang di Negeri Selangor Darul Ehsanyang semenjak itu dinamakan Putrajaya bagi maksud menubuhkan suatu Pusat Pentadbiran Persekutuan dan bagi maksud tambahan yang lain.

    Pada 7 November 2000, satu persetujuan telah dicapai di antara Kerajaan
    Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor bahawa kawasan yang dikenali sebagai Putrajaya itu diletak hak kan kepada Kerajaan Persekutuan sebagai suatu Wilayah Persekutuan yang dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  2. Apakah pampasan dan jumlah bayaran tahunan yang dikehendaki Kerajaan Persekutuan melaksanakannya?

    Melalui perjanjian tersebut Kerajaan Persekutuan telah memberikan sejumlah RM200 juta kepada Kerajaan Negeri dan RM7.5 juta setiap tahun untuk selama-lamanya.

    Kerajaan Persekutuan juga telah memberikan RM800 juta kepada Kerajaan
    Negeri di bawah Rancangan Malaysia Kelapan bagi tujuan pembangunan
    kawasan-kawasan yang terletak di dalam daerah Sepang khususnya pembangunan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sekiranya keseluruhan atau mana-mana bahagian jumlah wang itu tidak digunakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, jumlah wang itu atau mana-mana bahagian jumlah wang itu hendaklah terus diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi maksud pembangunan kawasan-kawasan tersebut.

  3. Adakah Kerajaan Selangor berhak menilai kembali jika perjanjian bersifat tidak adil dan berat sebelah?

    Apa-apa penilaian ataupun semakan semula perjanjian tersebut adalah tertakluk atas persetujuan bersama pihak-pihakyang terlibat di dalam perjanjian.

Lampiran

Tiada Lampiran.