Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

184) PENGIKTIRAFAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pengiktirafan UEC?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Oktober 2015 telah bersetuju agar Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) diiktiraf bagi penyambungan pengajian di peringkat pengajian tinggi. Pada masa ini, Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Selangor (INSPENS) bersetuju untuk menerima kemasukan daripada pelajar lepasan

     

    Pada masa ini, KUIS sudah pun mendapatkan pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkenaan UEC untuk beberapa program, manakala UNISEL pula sedang di dalam proses mendapatkan pengiktirafan UEC sebagai sijil yang setara dengan sijil asasi, daripada pihak MQA untuk program-program kursus pembelajaran.

  2. Bagaimanakah pembahagian kuota kemasukan pelajar dengan kelayakan sedia ada?

    Tiada pembahagian kuota bagi kemasukan pelajar graduan UEC dan pelajar kelayakan sedia

  3. Berapakah gred minima UEC yang membolehkan pelajar memasuki UNISEL?

    Gred minima UEC yang membolehkan pelajar memasuki UNISEL adalah lulus UEC dengan mendapatkan sekurang-kurangnya gred B6 dalam 3 mata pelajaran bagi kemasukan Sijil Diploma dan lulus UEC dengan mendapatkan sekurang-kurangnya gred B6 dalam 5 mata pelajaran bagi kemasukan Sijil Sarjana

Lampiran

Tiada Lampiran.