Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

26) PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pengurusan PIYS kini?

    Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) dipegang sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor Berhad. Manakala ahli Lembaga Pengarah PIYSB adalah terdiri seramai 6 orang seperti berikut :-

    Bil. Nama / Jawatan Jawatan
    1. Y.A.B Tuan Mohamed Azmin bin Ali

     

    Pengerusi  Ahli Lembaga Pengarah
    2. YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad

     

    Ahli Lembaga Pengarah
    3. Prof. (E) Dato’ Ir Dr. Muhammad Zohadie bin Bardaie Ahli Lembaga Pengarah
    4. Y.B Dr. Che Rosli bin Che Mat

     

    Ahli Lembaga Pengarah
    5. Dato’ Noordin bin Sulaiman

     

    Ahli Lembaga Pengarah
    6. Dato’ Nik Suhaimi bin Nik Sulaiman

     

    Ahli Lembaga Pengarah
    7. Puan Izarina binti Ishak

     

    Setiausaha Syarikat
  2. Apakah latar belakang kelayakan mereka tersebut?

    Latar Belakang kelayakan ahli Lembaga Pengarah PIYSB adalah seperti berikut:-

    • Y.A.B Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato Menteri Besar merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PIYSB. Beliau merupakan Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Selangor dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau menerima pendidikan awalnya di Sekolah Gurney Road (2) Kuala Lumpur dari tahun 1971 hingga 1976. Selepas itu beliau belajar di Sekolah Menengah Setapak, Kuala Lumpur (1977-1979) dan Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980-1981). Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Minnesota di Amerika Syarikat dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang matematik dan ekonomi pada 1987. Selanjutnya beliau menyambung Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi) di Universiti yang sama.
    • Y.B Nik Nazmi bin Nik Ahmad, memegang jawatan Exco Pendidikan Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan dilantik sebagai  ahli Lembaga Pengarah PIYSB.  Beliau adalah ahli politik yang dicalonkan dalam Pakatan Keadilan Rakyat  di kerusi Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Kelana Jaya, Selangor. Mendapat pendidikan awal di SRK La Salle Petaling Jaya dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di King’s College, University of London dalam jurusan undang-undang.
    • Prof. (E) Dato’ Ir Dr. Muhammad Zohadie bin Bardaie mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang akademik. Beliau pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan pada tahun 1988 di UPM,  Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) pada Ogos 1993,  UPM dan seterusnya dilantik sebagai  Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 2001 sehingga 2005. Beliau memiliki Ijazah dalam Sarjana Muda  Sains Kejuruteraan dan Sarjana Muda Pengurusan &  Sains Pertanian di Universiti California. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian Sarjana Sains Kejuruteraan Kejenteraan di Universiti Califonia dan Ijazah PhD Kejuruteraan Pertanian Universiti Cornell, Amerika Syarikat.
    • Y.B. Dr. Che Rosli bin Che Mat merupakan Ahli Parlimen Hulu Langat Selangor dari PAS. Latar belakang pendidikan adalah Sarjana Muda Sains (UKM, 1971-1974), MSc (LONDON), United Kingdom 1975-1977, PhD (LANCASTER) United Kingdom 1980-1983. Berpengalaman luas dalam bidang Sains Nuklear di mana beliau pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Sains Nuklear, UKM 1993. Pada tahun 1984-1999, beliau adalah Ahli Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Lembaga Perlesenan Tenaga Pelesenan, Malaysia.
    • YB Dato’ Noordin bin Sulaiman mempunyai lebih daripada 32 tahun pengalaman bekerja di sektor kerajaan, dalam bidang tanah, pembangunan dan pentadbiran. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri dan selepas itu, memegang pelbagai jawatan dengan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan kerajaan tempatan. Beliau kini ialah Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Sastera (Kepujian), seterusnya beliau melanjutkan pengajian dalam Sarjana Alam Sekitar dari Universiti Putra Malaysia dan Pasca Siswazah Penyelidikan Kajian dari Universiti Toyama, Jepun pada tahun 1994. Beliau juga memiliki Diploma Pentadbiran Awam dan Diploma Sains Pengurusan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

     

    1. Dato’ Nik Suhaimi bin Nik Sulaiman telah dilantik sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.