Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
51) PENASIHAT EKONOMI NEGERI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri sejak Nov 2009 dengan bayaran elaun RM 1 sebulan. Berapakah kos pengurusan bulanan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri termasuk gaji kakitangan?
Pecahan kos pengurusan bulanan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri adalah seperti berikut:
Gaji kakitangan Kos penganjuran program
– RM36,027.25 sebulan seperti Wacana Ekonomi dan lain-lain – RM5,900 sebulan Kos pengurusan pejabat – RM1,100 sebulan Maklumat ini adalah berdasarkan perbelanjaan purata di antara bulan Januari hingga Jun 2011.
-
Apakah perincian lawatan luar negara Penasihat Ekonomi Negeri pada tahun 2010?
Penasihat Ekonomi Negeri tidak pernah mengadakan lawatan ke luar negara menggunakan sumber Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri sejak mula dilantik dalam tahun 2009.
Walau bagaimanapun, beliau ada mengambil kesempatan di dalam seminar-seminar antarabangsa di Bahrain dan Kuwait sebagai contoh, yang menjemput beliau sebagai tetamu untuk mempromosikan Selangor atas inisiatif beliau sendiri melalui pertemuanpertemuan tertutup dengan bakal-bakal pelabur. Semua ini tidak melibatkan dana Kerajaan Negeri.
-
Berapakah kos setiap lawatan tersebut?