Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

156) PEMBINAAN LEBUHRAYA BERTINGKAT SUNGAI BESI KE ULU KELANG (SUKE) OLEH PROLINTAS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan dan tindakan untuk mempastikan nyawa, harta orang ramai sentiasa dijaga dan diutamankan selepas kejadian kren tumbang di MRR2 dan kejadian runtuhan bongkah batu, di Jalan Saga 28, Taman Bukit Saga, Ampang? kedua-dua melibatkan pembinaan Lebuhraya bertingkat SUKE?

    Untuk makluman YB, pembinaan mana-mana lebuhraya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Peranan Kerajaan Negeri adalah mempertimbangkan dan meluluskan proses pengambilan balik tanah berdasarkan cadangan jajaran serta memberikan kelulusan jajaran yang melalui negeri Selangor. Pelaksanaan dan pemantauan kepada kerja-kerja pembangunan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

    Di peringkat Kerajaan Negeri, satu Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuhraya Di Dalam Negeri Selangor yang diurusetiakan oleh PlanMalaysia@Selangor telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan projek bagi memastikan semua peringkat pelaksanaan projek mematuhi segala syarat dan ketetapan selaras dengan keputusan secara dasar serta memenuhi kepentingan penduduk dan negeri Selangor keseluruhannya.

    Untuk makluman YB, pihak MPAJ juga telah meletakkan penghadang batu konkrit untuk menghalang batu jatuh ke kawasan perumahan sebelum ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.