Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

66) PADAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan mewujudkan muzium atau galeri produk setempat dan sejarah setempat?

    Pihak kerajaan negeri melalui agensinya Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) ada mempunyai hasrat dan rancangan untuk mewujudkan muzium di setiap daerah dalam Negeri Selangor. Ini adalah bagi memastikan sejarah, warisan dan budaya di setiap daerah di pelihara di samping dapat disebar luas kepada masyarakat untuk di hayati. Buat masa ini pihak PADAT sedang menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan penyiapan bagi pameran dan pembukaan Muzium Timah, Gedung Raja Abdullah, Klang, Muzium Sukan di Shah Alam dan Istana Bandar di Jugra, Kuala Langat. Di samping itu pihak PADAT juga sedang membantu pihak Majlis Daerah Hulu Selangor bagi mewujudkan Muzium Sejarah Daerah Hulu Selangor.

    Sehingga kini terdapat enam (6) buah Muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan negeri Selangor (PADAT) iaitu :-

    1. Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
    2. Muzium Pertanian dan Perikanan Daerah Sabak Bernam
    3. Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
    4. Muzium Permainan Tradisional Rakyat,Kuala Selangor
    5. Muzium Timah, Gedung Raja Abdullah, Klang vi. Muzium In-situ Jugra, Kuala Langat
  2. Senaraikan bangunan dan binaan yang telah dikaji dan diwartakan sebagai warisan Selangor selepas 2008

    Senarai tapak warisan di negeri Selangor yang telah diwartakan selepas tahun 2008 adalah sepertimana di Lampiran “A”. Manakala senarai tapak warisan yang masih dalam proses pewartaan adalah di Lampiran “B”.

     

    Lampiran “A”

    SENARAI TAPAK WARISAN DI NEGERI SELANGOR YANG TELAH DIWARTAKAN

    BI L PERKARA OBJEK TINGGALAN NO. WARTA TARIKH PEWARTAAN
    KUALA LANGAT      
    1. Istana Bandar, Bandar Bangunan P.U. (A) 212 24 Julai, 1980
    2. Masjid Sultan Alaeddin (Bandar) Bangunan P.U. (A) 212

    P.U. (B) 185

    24 Julai, 1980

    14 April, 1983

    3. Balai Polis Lama Jugra Bangunan P.U. (A) 492 19 Disember, 2002
    4. Pejabat Daerah Lama Jugra Bangunan P.U. (A) 492 19 Disember, 2002
    5. Makam Diraja Jugra Makam/Kubur P.U. (A) 492 19 Disember, 2002
    6. Stor Peluru (Jugra) Bangunan P.U. (A) 492 19 Disember, 2002
    KLANG      
    1. Kota Raja Mahadi Kubu Pertahanan P.U. (A) 285

    P.U. (A) 185

    9 Oktober, 1980

    14 April, 1983

    2. Gedung Raja Abdullah Bangunan P.U. (A) 212

    P.U. (B) 185

    14 Mac, 1982 14 April, 1983
    3. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Bangunan Sultan Suleiman) Bangunan 15 Disember, 2009
    KUALA SELANGOR      
    1. Kota Malawati (Kuala Selangor) Kubu Pertahanan P.U. (A) 266

    P.U. (B) 322

    8 September, 1977

    28 Jun, 1979

    2. Kota Tanjung Keramat (Kuala Selangor) Kubu Pertahanan P.U. (A) 212

    P.U. (B) 185

    8 September, 1977

    28 Jun, 1979

    3. Bukit Raja (Kuala Selangor) Kubu Pertahanan P.U. (A) 428 14 Oktober, 1999
    4. Ibu Empangan Sungai Tengi (Tanjung Karanh) Sistem Pengairan P.U. (A) 428 14 Oktober, 1999
    HULU SELANGOR      
    1. Makam      Syed     Mashor     Ash

    Sahab (Kerling)

    Makam/Kubur P.U. (A) 261

    P.U. (B) 185

    11 September, 1980

    14 April, 1983

    GOMBAK      
    1. Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam (Batu Caves) Rumah Ibadat 6 Julai, 2007
    2. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Kepong Bangunan P.U. (B) 148 27 April, 2009

    JUMLAH : 16 TAPAK WARISAN

    Lampiran “B”

    SENARAI TAPAK WARISAN DI NEGERI SELANGOR YANG MASIH DALAM

    PROSES PEWARTAAN

    BI L PERKARA OBJEK TINGGALAN NO. WARTA TARIKH PEWARTAAN
    KUALA LANGAT
    1. Bangunan Kediaman         Banglo

    Era Kolonial (Pulau Carey)

    Bangunan
    KLANG
    1. Masjid Diraja Sultan Suleiman Rumah Ibadat
    2. Gereja Katholik Our Lady Of Lourdes Rumah Ibadat
    3. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KUIS), Jalan Kota Raja Bangunan
    KUALA SELANGOR
    1.  Rumah Api, Bukit Malawati                      Bangunan                       –                                 –
    HULU SELANGOR
    1. Bangunan Pejabat Polis Cawangan Trafik (Bangunan

    Gereja)

    Bangunan
    2. Masjid Ampang Pecah (Masjid Lama Alhidayah) Rumah Ibadat
    3. Balai Bomba Lama (Jalan Dato’ Tabal), Kuala Kubu Bharu Bangunan
    PETALING
    1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Rumah Ibadat
    2. Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Bangunan
    3. Wat        Buddhist        Chetawan,

    Petaling Jaya

    Rumah Ibadat
    SABAK BERNAM      
    1. Masjid Lama Pancang Bedena, Sungai Besar Rumah Ibadat

    JUMLAH : 12 TAPAK WARISAN

  3. Apakah kajian ilmiah adat Melayu dan warisan Selangor yang dijalankan sejak penubuhan PADAT?

    Sejak penubuhan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) pada 05 Mei 2010, pelbagai kajian ilmiah telah dijalankan sebagaimana berikut :-

    1. Penyelidikan Warisan Masjid Tuan (Lama) di Selangor
    2. Penyelidikan Adat dan Pantang Larang Dalam Perkahwinan Masyarakat Jawa di Selangor iii. Penyelidikan Kebaya Selangor sebagai Identiti Busana Selangor
    3. Penyelidikan Makanan Tradisi Melayu – Nasi Ambeng
    4. Kajian perbandingan Warisan Masid Jenis “Bumbung Tumpang” di Selangor dengan Warisan Masjid-Masjid di Nusantara vi. Penyelidikan Warisan Senibina Rumah-umah Tradisional Melayu di Selangor
    5.  Penyelidikan Pembentukan Identiti Bugis dan Pengembangan Budayanya
    6. Dalam Kesenian Tekstil Telepuk di Selangor
    7.  Penyelidikan Nisan Acheh di Selangor
    8. Penyelidikan Kota-Kota dan Makam-Makam Diraja Selangor
    9. Penyelidikan Tarian Piring atau Tarian Kaca di Selangor
    10. Penyelidikan Permainan Tradisional Rakyat di Selangor
    11. Kajian Perbandingan Tarian Randai (Suku Melayu Minang) di Selangor dengan Tarian Randai di Indonesia
    12. Penyelidikan Saintifik Gendang Dongson di Selangor
    13. Penyelidikan Arkeologi di Bukit Malawati, Kuala Selangor, Selangor
    14. Penyelidikan Sejarah dan Pengisian Gedung Raja Abdullah, Klang,Selangor
    15. Penyelidikan Sejarah dan Pengisian Bangunaan Istana Bandar, Kuala Langat, Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.