Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

98) ORANG BESAR DAERAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kesemua Orang Besar Daerah (OBD) di setiap daerah, tempoh pelantikan serta cara-cara pelantikan dan kriteria-kriteria yang akan dipertimbangkan dalam pelantikan. Apakah gaji dan elaun yang dibayar?

    Senarai Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor seperti berikut:-

    BIL. NAMA & GELARAN
    1. Y.D.H. Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Sabak Bernam
    2. Y.A.D. Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak
    3. Y.A.D. Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Klang
    4. Y.D.M. Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang
    5. Y.D.H. Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Kuala Selangor
    6. Y.A.D. Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling
    7. Y.D.H. Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat
    8. Y.D.M. Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat
    9. Y.D.M. Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor

     

    Pelantikan dan keistimewaan/ kemudahan bagi Orang Besar Daerah adalah seperti berikut:-

    1. Pelantikan Orang Besar Daerah
    • Pelantikan dan pemilihan Orang Besar Daerah (OBD) adalah atas perkenan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M.) Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor  mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor,
    • Tempoh lantikan   seseorang   OBD   adalah   mengikut   budi   bicara

    D.Y.M.M. Sultan dan boleh dilanjutkan dengan perkenan Baginda.

    • OBD adalah Wakil D.Y.M.M. Sultan di dalam setiap daerah di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, setiap OBD hendaklah sentiasa bekerjasama di antara Pegawai Daerah, Pegawai-pegawai Kerajaan di daerah dan kerap mengadakan mesyuarat serta rundingan dalam setiap perkara demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat D.Y.M.M. Sultan.
    • Setiap OBD juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berlaku di daerah khususnya yang berkaitan dengan bencana, permasalahan kaum dan agama, ajaran sesat dan lain-lain yang difikirkan perlu dimaklumkan kepada D.Y.M.M.
    1. Keistimewaan dan kemudahan Orang Besar Daerah

    Setiap OBD diberi elaun tetap seperti yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu RM4,914.00 sebulan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.