Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

77) ORANG ASLI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan JKOA dalam mempertingkatkan sosial ekonomi dan pendidikan masyarakat orang asli di Selangor?

    JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI NEGERI SELANGOR

     JAKOA Negeri Selangor tidak bekerjasama dalam menyediakan jawapan.

     

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam pengembangan adat, budaya dan bahasa orang asli di negeri Selangor?

    BADAN BERTINDAK TANAH ORANG ASLI NEGERI SELANGOR

    BBTOAS tidak terlibat dalam memelihara adat dan budaya Orang Asli Selangor. BBTOAS hanya mengusahakan pewartaan tanah dan penyelesaian masalah tanah Orang Asli.

    Dalam hal mengembang adat Orang Asli mendapat kerjasama PADAT dan Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Kebudayaan unik Orang Asli iaitu Suku Mahmeri diberi tumpuan dari segi promosi dan pendedahan kepada pihak orang asing.

     

  3. Apakah status usaha kerajaan dalam menggazettekan tanah warisan kampungkampung orang asli di Selangor?

    Setakat tahun 2015, jumlah penempatan Orang Asli dalam proses tindakan untuk digazet oleh PTD (T) Sepang adalah seperti berikut:-

    Bil. Nama Lokasi Daerah Keluasan

    (Ekar)

    1. Kg. Orang Asli Sg. Buah Sepang 36.431
    2. Kg. Orang Asli Kelinsing Sepang 164.77
    3. Kg. Orang Asli Bakok Sepang 9.056
    JUMLAH BESAR KELUASAN 210.257

     

Lampiran

Tiada Lampiran.