Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

28) NASIB MUALAF DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah MUALAF yang murtad sejak tahun 2008-2015 di Selangor?

    Tiada kes direkodkan.

  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan nasib MUALAF ini terbela dan mereka tidak kembali murtad?

    MAIS mengambil langkah-langkah pencegahan awal bagi memastikan kes murtad di kalangan mualaf di Negeri Selangor tidak berlaku dengan melaksanakan penerangan sebelum seseorang itu melafazkan syahadah yang merangkumi:

    1. Penerangan pengertian dan tuntutan Dua Kalimah Syahadah;
    2. Pengertian Rukun Iman;
    3. Pengertian Rukun Islam;
    4. Tugas dan kewajipan sebagai seorang Islam;
    5. Kesan-kesan pengislaman;
    • Larangan menyembah selain Allah.
    • Larang membuat perkara yang ditegah dalam Islam

    6.Hubungan terhadap keluarga bukan Islam selepas pengislaman;

    7.Kekal dalam Islam hingga akhir hayat; dan

    8.Memeluk agama Islam tanpa ada sebarang paksaan.

     

    Selain daripada Kursus Bimbingan Asas Muallaf diadakan kepada muallaf yang baru memeluk agama Islam, beberapa program berbentuk pengukuhan dan program Pasca Pengislaman juga dilaksanakan kepada muallaf seperti:

    1. Kursus Bimbingan Asas Muallaf;
    2. Kursus Bimbingan Lanjutan Muallaf;
    3. Kursus Motivasi Anak Muallaf;
    4. Kursus Motivasi Remaja Muallaf;
    5. Kursus Motivasi Belia Muallaf;
    6. Kursus Pasca Perkahwinan ‘Mertua & Menantu’;
    7. Kursus Ana Mukallaf;
    8. Program Pasca-PengIslaman (Ziarah Mendekati Muallaf);
    9. Program Pasca-PengIslaman (Panggilan telefon); dan
    10. Program/Aktiviti berbentuk pengukuhan melalui Pejabat Agama Islam Daerah.
  3. Sejauh manakah implikasi program yang disediakan untuk MUALAF ini menunjukkan keberkesanannya?

    MAIS dari semasa ke semasa membuat penambahbaikan ke atas program/aktiviti yang disediakan bagi memenuhi keperluan semasa mualaf di Negeri Selangor. Penambahbaikan dilaksanakan berdasarkan kajian yang dibuat secara berkala. Kajian terkini sedang dilaksanakan oleh KUIS berkaitan Keberkesanan Modul Kursus Mualaf Negeri Selangor. Objektif utama kajian ialah untuk mengenalpasti tahap penerimaan, kefahaman dan penguasaan mualaf terhadap siri-siri kursus yang dijalankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.