Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

233) MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGERI (MTEN)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian MTEN pada tahun 2015 dan 2016?

    EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) merupakan satu forum di antara Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersama dengan ketua-ketua jabatan bagi membincangkan dan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pembangunan fizikal, pentadbiran dan perkhidmatan di peringkat negeri, daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

     

    Sepanjang tahun 2015 dan tahun 2016, EXCO-MTES telah menimbang dan memberi pertimbangan serta meluluskan perkara-perkara berkaitan dengan:

     

    1. Pengurusan kewangan Peringkat Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan;

     

    • Pengurusan projek-projek pembangunan;

     

    • Pengurusan perbandaran yang merangkumi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan Kebenaran Merancang projek-projek berisiko di kawasan berkecerunan tinggi;

     

    • Pengurusan projek-projek talian penghantaran eletrik;

     

    • Pengurusan projek-projek kemudahan awam seperti lebuh raya, jambatan dan pengangkutan awam;

     

    • Pengurusan penstrukturan semula industri bekalan air;

     

    • Program Kerajaan Prihatin seperti kemiskinan dan bantuan kepada rakyat; dan

     

    • Pengurusan banjir dan kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

     

    Fokus utama EXCO-MTES adalah kepada pelaksanaan projek dan penyelesaian masalah bagi memastikan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat di peringkat negeri dan PBT berjalan baik dan rakyat dapat menikmati pembangunan ekonomi dan fizikal secara total dan perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan dan agensi sejajar dengan penerimaan rakyat.

     

    EXCO-MTES turut memfokuskan kepada pemantauan pencapaian pelaksanaan projek/program oleh jabatan/agensi secara berkala dengan memastikan jabatan/agensi melaporkan semula kemajuan pelaksanaannya kepada mesyuarat dan arahan-arahan akan diberikan kepada jabatan/agensi bagi sesuatu projek/program berkaitan.

  2. Apakah perancangan MTEN pada tahun 2017?

    Pada tahun 2017, EXCO-MTES akan terus menjadi satu forum perbincangan yang efektif bagi menangani isu-isu dan masalah berkaitan dengan pembangunan fizikal, sosio ekonomi dan isu-isu di semua peringkat serta menggubal dasar-dasar dan melaksanakan tindakan secara teratur untuk tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mencapai objektif menyediakan asas ekonomi, sosial dan politik yang kukuh di Negeri Selangor dalam usaha untuk membangunkan Selangor sebagai Smart State bertaraf

Lampiran

Tiada Lampiran.