Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

1) LESEN CYBERCAFE

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bertanya kepada kerajaan adakah semua pihak berkuasa tempat di Selangor menerima pakai garis panduan yang seragam dalam memberi kelulusan dan lesen cybercafe?

    Semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah mengguna pakai Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe

    Siber melalui pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri pada 15 Mei 2012. Garis panduan ini merangkumi kaedah pengurusan, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan, masa dan kawasan operasi, larangan-larangan serta syarat-syarat am rekabentuk dan rekabentuk Pusat Siber dan Kafe Siber yang perlu dipatuhi oleh pengusaha.

  2. JIkalau ya, apakah garis panduan atau syarat-syarat yang perlu ditepati oleh peniaga-peniaga cybercafe sebelum lesen perniagaan dikeluar?

    Merujuk kepada Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk

    Pusat Siber dan Kafe Siber yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, antara syarat-syarat yang perlu ditepati oleh peniaga-peniaga kafe siber sebelum lesen dikeluarkan adalah seperti berikut :

    Pengurusan

    • Pemegang lesen hendaklah mengurus Pusat Siber dan Kafe Siber secara professional dan melantik seorang pengurus yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini.
    • Pemegang lesen tidak dibenarkan mengambil mana-mana warganegara

    asing untuk bekerja di Pusat Siber dan Kafe Siber

    • Pekerja perlu mendaftar bagi mendapatkan pas/kad pekerja yang akan dikeluarkan oleh PBT.
    • Pemegang lesen tidak dibenarkan mengambil pekerja di bawah umur 18 tahun.
    • Pemegang lesen hendaklah memastikan penggunaan ‘firewall’ sebagai ‘web filtering’ (penapisan sesawang) untuk menghalang akses kepada laman web lucah, porno, perjudian atau apa-apa laman web atau akses lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Melesen.
    • Pemegang lesen hendaklah menyediakan pekerja yang mencukupi.
    • Pemegang lesen hendaklah memastikan minima 2 orang pekerja pada setiap masa di premis bagi mengawal aktiviti Pusat Siber dan Kafe Siber.
    • Pengusaha dilarang mempamerkan iklan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen.
    • Setiap pemohon lesen baru dan pengusaha yang ingin memperbaharui lesen perlu memasang software ’B3 Cafe’ (internet cafe billing management software) atau sebarang software yang sama yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Selangor. Setiap permohonan perlu disertakan dengan invoice software B3 Cafe atau sebarang software yang sama sebagai dokumen sokongan. (Buat masa ini penggunaan software

    ‘B3 Cafe’ dikecualikan sehingga tempoh masa yang dimaklumkan kelak)

    Aktiviti yang Dibenarkan

    • Aktiviti Pusat Siber dan Kafe Siber adalah dihadkan kepada aktiviti penyediaan kemudahan komputer untuk tujuan melayari internet, perkhidmatan perisian dan perkhidmatan lain yang berkaitan dan boleh menyediakan kemudahan jualan makanan dan/atau minuman kepada pelanggannya.
    • Aktiviti permainan atas talian (online game) atau ‘server game’ adalah dibenarkan dengan mematuhi undang-undang bertulis lain yang terpakai di Malaysia.
    • Pemegang lesen Pusat Siber dan Kafe Siber hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan tiada sebarang aktiviti tidak bermoral berlaku di Pusat Siber dan Kafe Siber sepanjang masa beroperasi. Tindakan segera hendaklah diambil sekiranya berlaku aktiviti tidak bermoral di dalam premis.

    Masa Operasi

    • Pusat Siber dan Kafe Siber hanya boleh beroperasi dari jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja. Pengusaha yang beroperasi melebihi jam 12 tengah malam hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan.
    • Pengunjung di bawah umur 12 tahun, dibenarkan mengunjungi Pusat Siber dan Kafe Siber sehingga pukul 10.00 malam sahaja dengan ditemani oleh ibubapa atau penjaga yang sah sepanjang masa.

    Kawasan Operasi

    Pusat Siber danKafe Siber dibenarkan beroperasi di kawasan berikut :

    • Kompleks Perniagaan;
    • Rumah Kedai/ Kedai Pejabat (Tingkat bawah dan tingkat satu sahaja)
    • Premis binaan sendiri di kawasan Luar Bandar (kelulusan sementara setelah berunding dengan Ahli Majlis). ii. Pusat Siber dan Kafe Siber tidak dibenarkan beroperasi berhampiran dengan kawasan-kawasan sensitive seperti masjid, rumah ibadat dan lainlain kawasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melesen. Jarak minima yang dibenarkan hendaklah sekurang-kurangnya 500 meter radius daripada kawasan tersebut.

    Kuota diwujudkan di kawasan-kawasan yang mempunyai keperluan tinggi terhadap Pusat Siber dan Kafe Siber seperti berikut :

     Berhampiran Pusat Pengajian Tinggi;  Kawasan Pembangunan baru.

    Larangan

    Larangan-larangan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung Pusat Siber dan Kafe Siber adalah seperti berikut :

    • Menjalankan apa – apa bentuk aktiviti perjudian;
    • Memuat naik, memuat turun atau mengakses gambar atau mencetak, video atau artikel kurang sopan atau lucah dan yang berunsur hasutan;
    • Menjual apa-apa bahan bercetak yang berunsur negative dan lucah;
    • Menjalankan apa-apa bentuk aktiviti hiburan termasuk muzik siar pusat (pipe music);
    • Pelajar berpakaian seragam sekolah di dalam premis;
    • Menjual atau menggunakan minuman beralkohol, rokok atau dadah berbahaya di premis;
    • Merokok di dalam premis;
    • Menayangkan atau mempamerkan apa-apa gambar yang tidak sesuai dengan adat resam, agama dan nilai murni masyarakat Malaysia;
    • Melakukan apa-apa aktiviti kurang sihat di dalam premis

    Syarat-Syarat Am Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber

    • Pintu atau dinding hadapan premis hendaklah menggunakan kaca atau apa-apa benda sinar lain dan tidak dibenarkan untuk diwarnakan atau ditampal dengan apa-apa bahan yang menghalang penglihatan.
    • Premis hendaklah berkonsep terbuka dengan sistem pencahayaan yang terang dan pengudaraan yang baik.
    • Kedudukan komputer hendaklah diletakkan dalam ruangan yang terbuka iaitu tidak berbilik, tidak berpintu dan tidak dibenarkan penggunaan ‘partition’.
    • Papan tanda bersaiz 2’ x 2’ yang menyatakan larangan-larangan di perenggan 8.1 dan syarat masa operasi diselaraskan dan dipamerkan di pintu masuk hadapan premis.
    • Bilangan komputer yang dibenarkan adalah berdasarkan ukuran : tidak kurang 0.8m x 1.5m = 1 unit komputer. Bilangan minima komputer bagi memulakan perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber adalah:
    PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN MINIMA

    KOMPUTER

    MBSA 40
    MBPJ 40
    MPK 40
    MPSJ 40
    MPAJ 40
    MPKj 40
    MPS 40 / 20
    MPSp 40 / 20
    MDKL 20
    MDKS 20
    MDHS 20
    MDSB 20
    • Menyeragamkan papan tanda Pusat Siber atau Kafe Siber dengan penggunaan nama ’Pusat Siber Sihat’.
    • Aktiviti penyediaan atau penjualan makanan dan minuman atau apa-apa aktiviti perniagaan hendaklah di ruangan yang berasingan dari aktiviti Pusat Siber dan Kafe Siber.
    • Menyediakan ruang rehat yang mencukupi bagi pelanggan.
    • Memastikan keadaan dalam dan persekitaran premis hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.
    • Semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar adalah bebas daripada halangan dan semua pintu keluar hendaklah boleh diakses pada setiap masa semasa waktu beroperasi.
    • Menyediakan tandas yang sempurna dan mencukupi serta berasingan antara lelaki dan perempuan serta hendaklah dalam keadaan bersih sepanjang masa.
    • Menyediakan tong sampah dengan bilangan yang mencukupi dan hendaklah tertutup sepanjang masa.
  3. Adakah persetujuan daripada agensi-agensi kerajaan persekutuan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diperlukan?

    Ya. Persetujuan atau surat sokongan daripada Agensi seperti Polis Diraja Malaysia diperlukan untuk dikemukakan semasa permohonan lesen Pusat Siber dan perlu diperbaharui setiap tahun sebelum pembaharuan lesen diberikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.