Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

66) LESEN “CYBERCAFE” DAN RUMAH URUT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah lesen "cybercafe" dan rumah urut/refleksologi yang telah dikeluarkan sejak tahun 2005 sehingga 2010? Sila berikan butir-butir mengikut tahun dan PBT

    Berikut jumlah lesen Siber Kafe dan Rumah Urut Refleksolgi dari tahun 2005 sehingga
    2010 :
    PBT
    Bilangan Lesen Siber Kafe
    Tahun
    2005
    Tahun
    2006
    Tahun
    2007
    Tahun
    2008
    Tahun
    2009
    Tahun
    2010
    MBSA 17 33 6 30 43 47
    MBPJ 0 0 150 236 49 38
    MPK 39 55 62 67 69 69
    MPAJ 0 0 54 54 53 47
    MPSJ 0 0 50 53 55 55
    MPS 32 34 36 40 85 40
    MPKj 52 63 70 78 78 78
    MPSp 1 8 9 12 12 12
    MDKS 5 6 14 16 14 9
    MDHS 2 10 13 13 13 13
    MDKL 4 6 9 14 15 15
    MDSB 9 13 14 17 18 18
    Jumlah 161 228 487 630 468 398
    PBT
    Bilangan Lesen Refleksologi
    Tahun
    2005
    Tahun
    2006
    Tahun
    2007
    Tahun
    2008
    Tahun
    2009
    Tahun
    2010
    MBSA 5 8 4 13 24 5
    MBPJ 57 44 47 51 43 57
    MPK 19 28 30 30 32 34
    MPAJ 0 0 44 28 42 39
    MPSJ 0 0 31 53 56 56
    MPS 4 37 45 64 36 11
    MPKj 8 15 24 57 86 96
    MPSp 0 2 4 6 8 8
    MDKS 0 0 0 2 4 7
    MDHS 1 1 5 6 7 7
    MDKL 1 3 5 9 11 11
    MDSB 2 4 5 8 10 10
    Jumlah 97 142 244 327 359 341

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengekalkan kuota sedia ada untuk pengeluaran lesen? Sila nyatakan sebab

    Kerajaan Negeri masih membekukan permohonan lesen baru Siber Kafe di seluruh
    Negeri Selangor bagi membendung penyalahgunaan fungsi premis tersebut dan
    menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat terutama ibu bapa. Pusat Siber Kafe ini
    juga sering menjadi tempat remaja/ pelajar sekolah ponteng dan terdapat juga
    pengusaha yang menjalankan operasi perjudian haram.
    Lesen baru Rumah Urut juga telah dibekukan berikutan penyalahgunaan premis dengan
    menawarkan khidmat seks. Namun begitu Kerajaan Negeri masih membenarkan bagi
    urutan jenis urutan kaki refleksologi dan dalam proses untuk melihat kembali pengusaha
    yang serius untuk melaksanakan perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan
    dalam meningkatkan ekonomi setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.