Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

89) KUMPULAN DARUL EHSAN (KDEB)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kos pengutipan sampah setiap rumah selepas KDEB mengambilalih kerja tersebut daripada MPSJ?

    Kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah perkhidmatan yang melibatkan penggunaan jentera dan tenaga buruh yang ramai. Perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam ini sememangnya melibatkan kos yang agak tinggi kerana faktor penting yang menentukan kejayaan kedua-dua perkhidmatan kutipan sisa pepejal ini ialah komponen 3M iaitu Machinery, Manpower dan Management yang melibatkan kos yang besar.

    MPSJ akan menjadi PBT ke – 10 yang bakal menggunakan perkhidmatan KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah Project Management Company (PMC) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui MBI. KDEB Waste akan mengambilalih sepenuhnya perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di MPSJ mulai 1 Januari 2019.

    Sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang ke 7/2018 yang diadakan pada 7 Mac 2018 yang telah disahkan  dan diluluskan oleh MMKN ke 8/2018 pada 14 Mac 2018, kos tahunan PBT berkaitan pengurusan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam hendaklah disalurkan kepada PMC untuk tujuan pelaksanaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dan kadar harga perkhidmatan bagi setiap premis yang dikenakan hendaklah tidak kurang daripada kadar harga yang dikenakan oleh PBT sebelum ini.

    MPSJ telah memperuntukkan sebanyak RM27.1 juta untuk kutipan sisa pepejal di dalam bajet 2019 berbanding RM19.9 juta di dalam bajet 2018 iaitu melibatkan peningkatan sebanyak 36%. Manakala bagi pembersihan awam pula, bajet yang telah diperuntukkan oleh MPSJ bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM29.8 juta berbanding bajet bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM23.6 juta yang melibatkan peningkatan sebanyak 26%.

    Peningkatan peruntukkan bagi tahun 2019 bukanlah disebabkan oleh pengambilalihan oleh KDEB Waste tetapi sebaliknya berdasarkan jumlah inventori semasa yang terdapat di kawasan selain dari sudut economies of scale bagi memastikan kontraktor yang bakal dilantik kelak mampu melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam ini dengan menyediakan segala keperluan seperti jentera dan tenaga buruh yang mencukupi.

    Kadar harga bagi setiap unit rumah juga adalah berbeza-beza mengikut status dan kemampuan kewangan PBT . Di dalam konteks MPSJ yang berstatus perbandaran, kadar harga bagi setiap unit rumah yang telah ditetapkan adalah hampir sama dengan kadar yang ditetapkan oleh PBT yang berstatus perbandaran yang lain di Selangor.

    Perlu saya maklumkan di sini bahawa kadar harga yang diberikan oleh MPSJ kepada KDEB Waste sebenarnya adalah jauh lebih rendah daripada kadar harga yang dianggarkan oleh KDEB Waste di MPSJ. Anggaran harga KDEB Waste adalah berpandukan kadar harga untuk setiap premis yang digunapakai oleh syarikat-syarikat konsesi di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di peringkat persekutuan. KDEB Waste akan menampung segala kekurangan kos operasi melalui mekanisme cross subsidized dari sedikit keuntungan yang diperolehi daripada perkhidmatan yang diberikan di PBT yang lain dan juga bantuan dari Kerajaan Negeri sendiri melalui UPEN.

  2. Jika kos setiap rumah untuk kutip sampah adalah lebih tinggi bawah KDEB, sila jelaskan sebab mengapa dan proses perolehan untuk memastikan KDEB mendapatkan kontraktor pada harga terbaik.

    1. Seperti yang telah diperjelaskan, peningkatan kos perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah berdasarkan jumlah inventori semasa di kawasan selain daripada mengambil kira peningkatan kos operasi dan

     

    Rakyat sememangnya mengharapkan satu perubahan dan anjakan khususnya di dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang terbaik kepada rakyat negeri Selangor melalui KDEB Waste. Kerajaan Negeri akan memastikan setiap kos yang diperuntukkan oleh PBT kepada KDEB Waste ini adalah berbaloi dengan perkhidmatan yang efektif, sistematik dan value for money.

    Dengan peningkatan bajet yang diperuntukan oleh MPSJ bagi tahun 2019 untuk pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pelbagai pembaharuan bakal dilaksanakan oleh KDEB Waste di MPSJ sebagaimana yang telah dilaksanakan di PBT yang lain. Semua sub-kontraktor KDEB Waste yang terpilih kelak akan menggunakan lori kompaktor dan RORO baru buatan Jepun yang dilengkapi dengan teknologi terkini seperti Automatic Vehicle Locating System (AVLS), CCTV, reverse camera dan sebagainya. Penggunaan lori kompaktor dan RORO baru ini akan dapat menyelesaikan pelbagai isu tipikal di dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti lori lama yang kerap rosak, tumpahan air leachate dan sebagainya.

    KDEB Waste dengan kerjasama Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) juga telah mewujudkan Centralized Command Center (CCC) yang akan mengendalikan semua aduan yang diterima melalui pelbagai saluran termasuk aplikasi iClean Selangor selain memantau operasi seharian lori kompaktor dan RORO KDEB Waste secara real time. KDEB Waste juga telah menetapkan di dalam prosedur operasi standard (SOP) mereka bahawa semua aduan yang diterima akan diberi maklum balas dan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

    Kesemua penambahbaikan ini akan dapat dinikmati oleh warga Subang Jaya bermula pada 1 Januari tahun hadapan dan kesemua ini adalah value for money dan setimpal dengan bajet yang telah diperuntukkan oleh MPSJ kepada KDEB Waste.

    Berhubung dengan proses perolehan, KDEB Waste mengamalkan sistem tender terbuka sebagaimana arahan Kerajaan Negeri. Proses pemilihan akan dibuat secara telus dan berdasarkan merit oleh Jawatankuasa Tender KDEB Waste dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Lembaga Pengarah KDEB Waste.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.