Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

1) KUARI DALAM HUTAN SIMPAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua kuari dalam hutan simpan yang masih aktif di Selangor.

    Terdapat lapan (8) kuari yang masih aktif beroperasi dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Selangor. Senarai kuari terlibat ialah:

    Bil. Nama Pelesen HSK No. Lesen Tahun Mula Operasi
    1. Perkuat Kuari Sdn. Bhd. HS Bukit Lagong US/HS/2/92/KUARI 1993
    2. Terang Industries Sdn. Bhd. HS Bukit Lagong US/HS/3/92/KUARI 1992
    3. Layar Generasi Sdn. Bhd. HS Bukit Lagong US/HS/4/92/KUARI 1997
    4. Permodalan Negeri Selangor Berhad HS Bukit Lagong US/HS/5/92/KUARI 1993
    5. Mahir Sempurna Sdn. Bhd. HS Bukit Lagong US/HS/2/97/KUARI 2002
    6. Maysprings Sdn. Bhd HS Hulu Gombak ST/1/94/KUARI 1998
    7. Rajang Perkasa Sdn. Bhd. HS Bukit Lagong ST/1/93/KUARI 1993
    8. Twinners Sdn. Bhd. HS Sungai Lalang ST/HS/1/2000/KUARI 2004
  2. Berapa jumlah pendapatan daripada kuari-kuari yang diterima oleh Negeri Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sejak 2008?

    Jumlah cukai yang dikutip daripada lapan (8) kuari yang beroperasi di HSK bermula daripada tahun 2008 hingga 2021 adalah sebanyak RM461,124,469.19. Butiran adalah seperti dalam jadual di Lampiran I.

    LAMPIRAN JAWAPAN BERTULIS (NO 1) (i)

     

    Manakala bagi jumlah kutipan hasil kuari di Luar Hutan Simpanan Kekal bermula daripada tahun 2010 hingga 2022 adalah sebanyak RM743,019,626.98. Butiran adalah seperti dalam jadual di Lampiran II.

    LAMPIRAN JAWAPAN BERTULIS (NO 1) (ii)

Lampiran

Tiada Lampiran.