Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

49) KEMALANGAN MELIBATKAN HIDUPAN LIAR DI PERSIARAN MOKHTAR DAHARI DAN KG BUKIT CHERAKAH JAYA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan hidupan liar di kedua kawasan ini sejak 2015?

    Statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan hidupan liar di kedua kawasan ini sejak 2015.

     

    LOKASI TAHUN JUMLAH
    2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022
    JLN FELDA BUKIT CERAKAH 1 0 0 0 1 1 3 0 6
    PERSIARAN MOKHTAR DAHARI 22 23 19 19 31 28 20 16 172
    JUMLAH 23 23 19 13 32 29 23 16 178
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membanyakkan lampu jalan di kampung ini bagi mengurangkan kemalangan yang melibatkan hidupan liar?

    Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan untuk memperbanyakkan lampu jalan di Kampung Bukit Cherakah Jaya telah dibangkitkan sejak tahun 2016 kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi pada ketika itu. Hal ini dibangkitkan berikutan terdapat banyak kes-kes jenayah yang berlaku di jalan-jalan yang tiada lampu jalan terutama di kawasan kampung. Selain kes-kes jenayah, kekurangan lampu jalan ini juga merupakan antara penyumbang kepada terjadinya kemalangan yang melibatkan haiwan-haiwan liar di atas jalan.

     

    Berdasarkan rekod terkini, maklumbalas berkaitan permohonan peruntukan dan penyelenggaraan lampu jalan kampung juga telah dikemukakan kepada Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri pada bulan April 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.