Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
117) KAMPUNG ORANG ASLI HULU KEMENSAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kesan daripada soalan-soalan dan ucapan-ucapan dalam Sidang DUN, sebahagian daripada Orang-orang Asli di Kg Hulu Kemensah, Hulu Kelang, kini telah menikmati rumah baru dan pemasangan litar dan meter elektrik. Di bawah program apakah (sama ada Pusat atau Kerajaan Negeri) pembinaan unit-unit rumah baru ini dijalankan?
-
Apakah telah wujud perjanjian antara mana-mana agensi Kerajaan Negeri dengan pihak Kerajaan Pusat bagi membekalkan elektrik ke kampung tersebut?
-
Bilakah unit-unit rumah yang dibina akan disiapkan keseluruhannya dan bilakah bekalan elektrik akan disambung ke kampung tersebut?