Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

194) KADAR JENAYAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan indeks jenayah (mengikut kategori) mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007-2013.

    Indeks jenayah (mengikut kategori) di Selangor bagi tahun 2007 – 2013.

    Pada tahun 2007 jumlah kes jenayah indeks berjumlah sebanyak 58,592 kes. Kes jenayah kekerasan mencatatkan sebanyak 11,321 kes manakala kes jenayah harta benda sebanyak 47,271 kes pada tahun 2007. Bagi tahun 2008 sebanyak 57,752 kes telah dilaporkan. Kes jenayah kekerasan mencatatkan sebanyak 11,706 kes manakala jenayah harta benda sebanyak 46,046 kes bagi tahun 2008. Pada tahun 2009 menunjukkan penurunan. Di mana sebanyak 54,443 kes jenayah indeks dicatatkan. Sebanyak 11,051 kes jenayah kekerasan dicatatkan dan kes jenayah harta benda sebanyak 43,392 kes dilaporkan. Bagi tahun 2010 sebanyak 48,089 kes jenayah indeks telah dicatatkan. Bagi kes jenayah kekerasan mencatatkan sebanyak 9,045 kes manakala sebanyak 39,044 kes bagi jenayah harta benda pada tahun 2010. Sebanyak 44,523 kes jenayah indeks telah dicatatkan pada tahun 2011 yang mana ia menunjukkan penurunan. Bagi jenayah kekerasan mencatatkan sebanyak 8,239 kes dan jenayah harta benda sebanyak 36,284 kes telah dicatatkan pada tahun 2011. Untuk tahun 2012 sebanyak 40,762 kes dilaporkan. Kes jenayah kekerasan telah mencatatkan sebanyak 8,323 kes telah dilaporkan manakala kes jenayah harta benda mencatatkan sebanyak 32,439 kes telah dilaporkan pada tahun 2012. Bagi tahun 2013 sebanyak 18,007 kes dilaporkan dari tempoh Januari hingga Mei. Kes jenayah kekerasan mencatatkan sebanyak 3,659 kes dan kes jenayah harta benda sebanyak 14,348 kes bagi tempoh yang sama untuk tahun 2013.

     

  2. Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk Selangor adalah terjaga memandangkan banyak aduan diterima daripada penduduk yang menyatakan mereka rasa tidak selamat?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.