Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

185) ISU TANAH RUNTUH DI SEMPADAN SUKE DAN HUTAN SIMPAN DI BKT SG PUTIH

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan susulan tanah runtuh di sempadan SUKE dan Hutan Simpan di Bukit Sg Putih?

    Untuk makluman Yang Berhormat Kejadian tanah runtuh di kawasan Hutan Simpan Bukit Sungai Putih, Cheras Hartamas iaitu bersebelahan dengan jajaran Lebuhraya SUKE berlaku pada bulan Disember 2021 lanjutan daripada cuaca hujan yang turun secara berterusan selama beberapa hari. Berdasarkan semakan di tapak oleh pihak SUKE adalah didapati kawasan runtuhan ini terletak di luar Had Sempadan Lebuhraya SUKE. Sehubungan dengan itu, pihak SUKE telah mengambil inisiatif memaklumkan secara rasmi perkara ini kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan satu lawatan susulan bersama dengan pihak-pihak yang berkaitan telah diadakan pada 28 Januari 2022. Lanjutan daripada itu, pihak MPAJ telah mengemukakan surat rasmi bertarikh 23 Februari 2023 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu pihak yang bertanggungjawab di kawasan runtuhan terbabit supaya tindakan pembaikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang risiko yang mungkin timbul kelak. Lampiran A menunjukkan kawasan runtuhan yang terlibat.

  2. Bagaimanakah kerajaan hendak menguruskan keresahan masyarakat susulan tanah runtuh tersebut?

    Untuk makluman perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Mineral Geosains Selangor (JMG). JMG telah memasukkan lokasi ini untuk dipantau secara berterusan. Pembaikan cerun perlu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Mineral Geosains Selangor, Jabatan Kerja Raya, TNB atau Jabatan Hutan. Pihak MPAj akan turut memantau segala risiko tanah runtuh dan akan memaklumkan kepada penduduk sekiranya berlaku insiden tanah runtuh.

Lampiran

Tiada Lampiran.