Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

101) ISU PENAGIHAN DADAH DI KALANGAN REMAJA MELAYU

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan sedar lebih 70% penagih dadah adalah di kalangan remaja Melayu?

    Berdasarkan sumber yang diperolehi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor, pihak kerajaan menyedari bahawa kadar peratusan yang tinggi penagih dadah adalah di kalangan remaja Melayu. Oleh itu, pihak kerajaan dengan kerjasama beberapa jabatan / agensi dan NGO telah melaksanakan pelbagai program serta inisiatif untuk menangani masalah penagihan dadah ini.

     

  2. Pohon statistik terkini mengikut negeri dan kaum?

    Statistik mengikut kaum OKP – Orang Kena Pengawasan iaitu penagih berdaftar dengan AADK mengikut negeri Selangor dan kaum di Malaysia bagi tempoh bagi tempoh 3 tahun bermula 7 Julai 2014 hingga 7 Julai 2017 adalah seperti JADUAL I di bawah :

    JADUAL I

    STATISTIK KAUM / BANGSA OKP MENGIKUT NEGERI  BAGI TEMPOH 7 JULAI 2014 – 7 JULAI 2017

     

    BIL

     

    NEGERI

    KAUM   

    JUMLAH

    MELAYU CINA  INDIA SABAH/  

    SARAWAK

    LAIN

    LAIN

    1 JOHOR 5356 590 406 19 1 6372
    2 KEDAH 6393 197 301 4 0 6895
    3 KELANTAN 5893 54 5 3 0 5955
    4 MELAKA 1877 99 119 44 1 2140
    5 NEGERI SEMBILAN 2355 150 252 10 1 2768
    6 PAHANG 5243 301 107 3 2 5656
    7 PULAU PINANG 7357 1648 1818 20 0 10843
    8 PERAK 4832 614 767 12 2 6227
    9 PERLIS 1580 38 8 1 0 1627
    10 SELANGOR 5960 597 927 64 22 7570
    11 TERENGGANU 3193 14 2 2 1 3212
    12 SABAH 184 113 4 1680 17 1998
    13 SARAWAK 825 264 1 4 1 1095
    14 WILAYAH PERSEKUTUAN 2242 479 449 34 5 3209
    15 PUTRAJAYA 81 0 1 1 0 83
    16 WP.LABUAN 73 9 1 84 10 177
    JUMLAH BESAR  53444 5167 5168 1985 42 65827

    Sumber  : Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor diperolehi melalui Sistem MYAADK 

  3. Apakah kemungkinan ia terjadi hasil perancangan jahat musuh atau akibat kegagalan pendidikan dan nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor?

    Punca utama penyalahgunaan dadah di kalangan remaja tidak melibatkan perancangan jahat musuh tetapi masalah ini berpunca daripada pengaruh sosial dan beberapa faktor seperti:

    1. Kegagalan atau kurang pendidikan kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Selaras dengan zaman teknologi, remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama.

    ii  Pengaruh rakan dan persekitaran 

    Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM). Prof Madya Dr. Lekra Ramal berkata sebanyak 14.6 % daripada remaja yang berumur antara 15 – 19 tahun sudah mula berjinakjinak dengan penyalahgunaan dadah. Kebanyakan remaja bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripada umur mereka akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya, golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akan terikut dengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang dikenali oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikutikut dengan sikap rakan mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius dan remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

    iii. Tekanan / Depressi

    Remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi satu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononnya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

    Selain daripada punca-punca di atas, terdapat beberapa faktor lain yang menjadi punca utama remaja ini terlibat di dalam penyalahgunaan dadah.

    Dalam usaha menangani masalah dadah di Negeri Selangor pelbagai langkah drastik telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Antaranya dengan menggunakan lima pendekatan atau pelan tindakan untuk dijadikan sebagai panduan pelaksanaan iaitu Pencegahan, Pembangunan, Pencelahan, Penguatkuasaan dan Pemulihan yang melibatkan jabatan / agensi Kerajaan dan Badan Bukan seperti berikut :

    • Pejabat Daerah; ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); iii.     Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    • Polis Diraja Malaysia (PDRM);
    • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK);
    • Jabatan Imigresen;       Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
    • Pemilik Rumah Pemulihan

    Di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosial Negeri Selangor juga telah melaksanakan program-program untuk menangani gejala sosial dan penyalahgunaan dadah yang merangkumi semua aspek terutamanya yang memberi fokus kepada remaja / belia, antara program yang dilaksanakan ialah :

    • Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS);
    • Forum Perdana – Generasi Idaman Selangor (GeMS);
    • Forum Perdana – Generasi Idaman Selangor; iv. Program Kepimpimpanan Remaja GeMS;
    • Bengkel Prosiding Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor;
    • Program Operasi Menangani Gejala Sosial; dan
    • Program Seminar /Program Pemantapan / Forum melibatkan
    • remaja / belia

    Selain itu, AADK dan Jabatan Pelajaran Negeri juga memainkan peranan dengan mengadakan program yang memberi fokus kepada pelajar seperti berikut:

    • taklimat / ceramah pencegahan dadah kepada pelajar;
    •  kem motivasi gaya hidup sihat kepada pelajar berisiko;
    • pameran sekolah; dan
    • urine test bagi mengenalpasti pelajar bermasalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.