Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

16) ISU KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan rancangan penyelesaian isu kesesakan persimpangan Kawasan Sekolah Seri Garing, SJK(T) Rawang, SK Rawang, SK Sinaran Budi.

    Kawasan yang dimaksudkan terletak di jalan persekutuan FT3209 yang menghubungkan Pekan Rawang ke Persimpangan Tol Rawang. Kesesakan yang berlaku disebabkan keadaan jalan yang sempit di lokasi tersebut menyebabkan berlaku “bottleneck” pada waktu puncak dan terdapat 5 persimpangan keluar masuk sepanjang laluan tersebut. Bagi mengatasi masalah kesesakan ini, JKR Selangor telah mengemukakan kertas cadangan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia melibatkan pelebaran jalan di FT3209 dari Pekan Rawang – Persimpangan Tol Rawang. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan secara bertulis YB Menteri Kerja Raya Malaysia kepada YB Wiliam Leong dalam persidangan parlimen yang lepas, projek penyelesaian isu kesesakan di FT3209 akan dilaksanakan dalam Rolling Plan ke-4 dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 melibatkan anggaran kos sebanyak RM 200 juta.

  2. Nyatakan rancangan penyelesaian isu kesesakan di persimpangan kawasan Taman Tun Teja.

    Isu kesesakan di persimpangan kawasan Taman Tun Teja/ Jalan Persekutuan 1 adalah disebabkan oleh kewujudan lampu isyarat serta jumlah trafik yang tinggi terutamanya pada waktu puncak. Berdasarkan kepada laporan “Road Traffic Volume Malaysia (RTVM)” data menunjukkan Tahap Perkhidmatan (Level of Service, LOS) di kawasan tersebut adalah kategori F bermaksud berkepadatan tinggi, masa perjalanan tidak boleh dianggar dan sangat sesak untuk tempoh yang Bagi cadangan jangka pendek, jabatan ini mencadangkan kesemua lampu isyarat di kawasan tersebut menggunakan sistem Gelombang Hijau (Greenwave) bermaksud semua lampu di persimpangan akan bernyala yang hijau di laluan jalan utama membolehkan kenderaan bergerak lancar tanpa halangan di laluan utama tersebut. Bagi cadangan jangka panjang, jabatan ini mencadangkan jalan tersebut dinaiktaraf kepada piawaian jalan U5 dimana semua laluan keluar masuk simpang akan ditutup dengan pembahagi jalan (median kerb) dan dikawal dengan pusingan – U sahaja sepanjang 3.4 KM. Cadangan ini melibatkan anggaran kos sebanyak RM 40 Juta. Cadangan jangka pendek dan jangka panjang akan dipanjangkan ke JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.