Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

172) HUTAN SIMPAN HULU LANGAT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan hutan/hutan simpan dalam daerah Hulu Langat dan lokasinya serta adakah apa-apa hasil hutan yang dikutip?

    Jumlah bilangan hutan simpan di Daerah Kuala Langat adalah empat (4) sahaja iaitu Hutan Simpan Sungai Lalang dengan keluasan 17,027.77 ha, HS Sungai Lalang Tambahan (72.0 ha), HS Hulu Langat (13,843.52 ha) dan HS Sungai Jeloh (203.62 ha). Jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal di dalam Daerah Hulu Langat adalah 31,146.91 ha. Hasil hutan yang dikutip daripada Hutan Simpanan Kekal di Daerah Hulu Langat adalah pengeluaran bahan batuan (kuari) di Kompartmen 11, HS Sg. Lalang.

  2. Apakah agensi-agensi yang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturanperaturan di hutan simpan termasuk pemantauan pencerobohan tanah, hasil hutan dan seumpamanya?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

  3. Apakah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mempunyai unit/ anggota Renjer Hutan seperti mana Majlis Bandaraya Petaling Jaya?

    Tiada

Lampiran

Tiada Lampiran.