Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

234) HOTEL BAJET

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan nama dan alamat hotel bajet mengikut setiap PBT yang berlesen ?

    Berikut adalah senarai nama dan alamat hotel bajet mengikut PBT.

    PBT Nama Hotel Alamat Hotel
    MBSA Rujuk Lampiran 1
    MBPJ Rujuk Lampiran 2
    MPK Rujuk Lampiran 3
    MPAJ Rujuk Lampiran 4
    MPSJ Majlis Perbandaran Subang Jaya tidak melesenkan premis hotel bajet. Lesen perniagaan dan iklan bagi aktiviti hotel hanya dikeluarkan sekiranya hotel telah mendapat penarafan sekurang-kurangnya 1 bintang daripada Kementerian Pelancongan.
    MPKj Rujuk Lampiran 5
    MPS Rujuk Lampiran 6
    MPSp Rujuk Lampiran 7
    MDKL Rujuk Lampiran 8
    MDHS Rujuk Lampiran 9
    MDKS Rujuk Lampiran 10
    MDSB Rujuk Lampiran 11
  2. Apakah kriteria untuk kelulusan lesen dan operasi perniagaan ?

    Pemohon perlu mematuhi kriteria kelulusan lesen dan operasi perniagaan hotel bajet yang ditetapkan oleh PBT masing-masing. Antaranya adalah:

    1. Perlu mengemukakan Kebenaran Merancang.
    2. Perlu mengemukakan Pelan Bangunan.
    3. Perlu mengemukakan surat kelulusan / sokongan daripada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor.
    4. Mendapat ulasan daripada pihak Polis Diraja Malaysia.
    5. Permohonan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan untuk pertimbangan dan kelulusan. Sekiranya permohonan diluluskan, pemakluman kelulusan akan dipanjangkan pada Jabatan Agama Islam Selangor.
    6. Ukuran bilik hotel yang dibenarkan berdasarkan UUK Hotel.
    7. Perlu menyediakan buku pendaftaran butiran tetamu yang menyewa bilik hotel.
    8. Sebarang penyakit perlu dilaporkan pada PBT sekiranya mengetahui penyakit yang dihidapi oleh tetamu.
    9. Menyediakan kaunter untuk perkhidmatan kepada pelanggan.
    10. Memastikan aktiviti yang akan dijalankan kelak tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar. Pemohon juga perlu menjaga kebersihan tapak dan memastikan aktiviti yang dijalankan kelak bebas dari kegiatan yang menyalahi undang-undang.
    11. Struktur tangga kecemasan (sebagaimana syarat Bomba) hendaklah terletak di dalam sempadan lot premis (tidak dibenarkan didirikan di atas rizab lorong belakang.
    12. Aktiviti yang menyalahi syarat kelulusan lesen seperti urut dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sama sekali.
    13. Mempunyai 10% pembukaan pengudaraan semulajadi berdasarkan luas lantai atau menyediakan pengudaraan mekanikal.
    14. Menyediakan tong sampah dan pembuangan sampah mengikut peraturan Majlis.
    15. Menyediakan papan tanda alamat dalam tulisan rumi dan jawi mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.