Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

16) BANJIR LUMPUR DI PEKAN BANGI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Banjir yang berlaku pada 12 Oktober 2012 membawa lumpur dari jambatan sedang dibina di Bangi merentasi ke Bandar Seri Putra. Apakah langkah diambil oleh pembina jambatan dan pemaju perumahan berdekatan untuk mengelakkan berlakunya banjir lumpur selepas ini?

    Pembinaan jambatan di Bandar Seri Putra adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bukannya MPKj.

  2. Mengapakah usaha mendalamkan sungai Bangi dihentikan?

    Kerja-kerja mendalamkan Sungai Bangi  adalah di bawah bidang  kuasa JPS.

  3. Apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi halangan untuk membersihkan sungai Bangi?

    Kerja-kerja membersihkan Sungai Bangi adalah di bawah bidang kuasa JPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.