Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

78) BANJIR KILAT DI KAJANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada 27 Ogos 2008 sekali lagi berlaku banjir kilat di Kajang yang memakan korban jiwa, menenggelamkan kenderaan dan merosakkan rumah-rumah di perlembahan pekan Kajang. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Pekan Kajang?

    Kejadian banjir yang berlaku disebabkan oleh pembangunan yang pesat di kawasan
    tersebut dan juga sistem perparitan dalaman lama yang tidak dinaiktaraf.

    Kawasan 113 ekar yang digondolkan adalah sebahagian daripada projek pemaju
    Prestige Improvement. Kawasan seluas 113 ekar ini, memandangkan yang ianya tidak
    ada tumbuhan yang memperlahankan larian air, menyebabkan larian air hujan mengalir
    dengan cepat masuk ke Sg. Jeluh dan meningkatkan paras air hingga melimpah.
    Tambahan lagi tiga halangan iaitu di jambatan pasar, jambatan JKR Jalan Bukit dan
    pembetong (culvert) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyebabkan kesan
    ‘backwater’ di mana paras air di hulu halangan tersebut meningkat dan menghalang air
    parit-parit berdekatan daripada mengalir ke sungai. Limpahan dari parit-parit inilah yang
    mengakibatkan banjir lumpur.

  2. Mengapakah gagalnya pembaikan sungai di Pekan Kajang sebelum ini?

    Projek pembaikan Sungai Jeluh di Pekan Kajang sedang dijalankan.

    Pembaikan Sungai Jeluh tidk dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana terdapat
    beberapa isu yang masih belum dapat diselesaikan. Isu-isu itu adalah seperti berikut:
    i. Beberapa lot-lot gerai yang telah dipajak kepada peniaga oleh Majlis
    Perbandaran Kajang (MPKj) berada di dalam simpanan sungai. Kerja-kerja
    menaiktaraf tidak dapat dilaksanakan kerana usaha memindahkan peniagapeniaga tersebut gagal.
    ii. Terdapat sebuah Kuil Hindu yang dibina didalam simpanan sungai dan perlu
    dirobohkan untuk membolehkan kerja dilaksanakan. Usaha memindahkan kuil
    ini juga gagal.
    iii. Selain itu pembetong KTMB dan jambatan JKR perlu dinaiktaraf untuk
    mengelakkan halangan

  3. Apakah tindakan lanjut bagi mengatasi banjir kilat di Pekan Kajang?

    Kemajuan projek pembaikan Sungai Jeluh setakat ini di laporkan sebanyak 59%.

    Tarikh mula projek : 12 Nov 2007
    Tarikh siap : 29 Mac 2009
    Skop kerja : Pemasangan L Unit & Slab – Ch 0.00- Ch 1884.00
    Pemasangan Flood Wall (Tebing Kiri)
    Ch 0.00- Ch 990.00
    Jambatan – 5 Nos
    Railing, Drainage Gate, turfing
    Kos Projek : RM 8,750,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.