Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

293) WARGA ASING BERNIAGA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah penguatkuasaan kepada peniaga warga asing yang semakin berleluasa menyewa premis perniagaan?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

    Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menjalankan pemantauan di premis-premis perniagaan bagi memastikan aktiviti penjajaan di tepi jalan, pasar basah, pasar malam dan sebagainya tidak disewakan kepada warga asing. Tindakan akan diambil terhadap pemilik lesen yang menyewakan premis kepada warga asing di bawah peruntukan Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 2007 di mana barang/alatan perniagaan akan disita. Walau bagaimanapun, warga asing yang mempunyai lesen yang sah di bawah di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. PBT mempunyai rekod premis-premis yang dijalankan oleh warga asing secara sah ini.

  2. Apakah prosuder yang melayakkan bukan warga negara menyewa dan berniaga di premis bawah pihak berkuasa tempatan?

    PBT menetapkan bahawa hanya warganegara asing yang mempunyai pasport, visa pekerjaan dan mempunyai sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang sah untuk dibenarkan memohon lesen perniagaan di bawah Undang-Undang Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007.

  3. Bagaimana kerajaan menangani pemilik perniagaan warga tempatan, tetapi diusahakan warga asing?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

    Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa menjalankan pemantauan di premis-premis perniagaan bagi memastikan aktiviti penjajaan di tepi jalan, pasar basah, pasar malam dan sebagainya tidak disewakan kepada warga asing. Tindakan akan diambil terhadap pemilik lesen yang menyewakan premis kepada warga asing di bawah peruntukan Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 2007 di mana barang/alatan perniagaan akan disita. Walau bagaimanapun, warga asing yang mempunyai lesen yang sah di bawah di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. PBT mempunyai rekod premis-premis yang dijalankan oleh warga asing secara sah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.