Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
347) WAKAF
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang telah dilakukan dan perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan institusi wakaf untuk manfaat rakyat?
Wakaf merupakan satu mekanisme yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara untuk dinikmati dan dimanfaatkan oleh masyarakat umum.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan institusi wakaf di Negeri Selangor adalah dengan menyalurkan sumbangan wakaf berbentuk tunai (Wakaf Tunai) secara terus kepada pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk tujuan khas bagi menampung kekurangan dana bagi pembinaan melengkapkan serta menyiapkan Masjid, surau dan Maahad Tahfiz di Negeri Selangor.
Manakala bagi perancangan masa hadapan, Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju untuk mewakafkan sebidang tanah berkeluasan 9.9 ekar di Seksyen 7 Shah Alam bagi tujuan pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor (MITSS).
Kerajaan Negeri Selangor mendokong sepenuhnya Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dalam menguruskan hal ehwal berkaitan wakaf di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menyeru masyarakat dan syarikat-syarikat korporat untuk bersama-sama berwakaf tunai di PWS.