Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

42) WABAK CORONAVIRUS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan statistik terkini berkenaan kes wabak Coronavirus di Negeri Selangor.

    Sehingga 04hb. Mac 2020(jam 4.00 petang) – sebanyak 27 kes positif Coronavirus(Covid-19) telah didaftarkan di negeri Selangor.

  2. Apa perancangan dan usaha Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran dan mengelakkan penularan wabak ini?

    1. Saringan di pintu masuk antarabangsa(KLIA/KLIA2/lapangan terbang Subang dan Pelabuhan Klang) terhadap pengembara yang memasuki Negara.
    2. Memberi taklimat berkenaan penyakit ini kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Agensi pelancongan dan syarikat yang mempunyai pekerja-pekerja dari negara yang terkesan dengan wabak ini.
    3. Orang ramai diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai penyakit Covid -19 dan kaedah pencegahan melalui Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
    4. Nasihat amalan membasuh tangan dengan air dan sabun atau sanitiser dan etika batuk kepada orang ramai.
    5. Nasihat supaya memakai topeng muka untuk individu yang bergejala seperti batuk dan selsema dan mendapatkan rawatan dengan segera.
    6. Orang ramai diminta menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terkesan dengan wabak ini(China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Jepun, Itali, Korea dan Iran).
    7. Anggota kesihatan digerakkan untuk membantu di pintu masuk antarabangsa dan Hospital.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.