Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

42) USAHAWAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah peserta yang telah dibantu melalui program Hijrah tahun 2016 mengikut daerah?

    Jumlah peserta yang telah dibantu melalui program Hijrah mengikut Daerah adalah seperti berikut :

    DAERAH BIL PESERTA
    GOMBAK 3,504
    HULU LANGAT 2,621
    HULU SELANGOR 1,584
    KLANG 4,273
    KUALA LANGAT 1,850
    KUALA SELANGOR 2,826
    PETALING 6,728
    SABAK BERNAM 3,827
    SEPANG 1,660
    JUMLAH KESELURUHAN PARLIMEN 28,873
  2. Berapa peratuskah yang telah berjaya mengembangkan perniagaan masingmasing dan berapakah purata pendapatan bulanan mereka?

    Hijrah Selangor dengan kerjasama UNISEL / IDE sedang merangka satu kajian impak yang akan dilaksanakan pada tahun 2017.

  3. Berapakah jumlah bayaran balik oleh peserta berbanding dengan jumlah kelulusan oleh kerajaan?

    Jumlah Bayar balik sehingga kini adalah sebanyak RM68,696,120.95 dengan peratus kutipan bayar balik sehingga kini sebanyak 85%.

Lampiran

Tiada Lampiran.