Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

291) TUNTUTAN PAMPASAN OLEH MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DARIPADA SYARIKAT INSURANS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehubungan dengan permohonan pampasan kerugian kewangan mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Permai 2 ditolak syarikat insurans, setelah menunggu keputusan selama satu tahun setengah, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan untuk memberikan pampasan kepada mereka yang terbabit?

    Kejadian tanah runtuh Bukit Permai 2 telah mengakibatkan seramai lima (5) orang mangsa terperangkap dalam runtuhan tersebut. Di mana empat (4) orang mangsa telah meninggal dunia dan seorang (1) mangsa selamat. Sebanyak 11 unit rumah juga telah mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

    Kerajaan Negeri telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada waris mangsa yang telah meninggal dunia melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

    Pihak MPAJ juga telah memanjangkan permohonan pampasan mangsa kejadian tanah runtuh kepada pihak broker insurans yang dilantik oleh MPAJ. Namun begitu, permohonan pampasan tersebut telah ditolak oleh pihak broker insurans kerana ia bukan merupakan kecuaian oleh pihak MPAJ.

Lampiran

Tiada Lampiran.