Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
220) TRANS-PACIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT (TPPA)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan syarikat-syarikat dari negara TPP yang melabur di Negeri Selangor, nyatakan jenis peniagaan/projek dan nilai pelaburan.
Projek-projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA di Selangor bagi tahun 2015 yang melibatkan pelabur-pelabur dari negara-negara TPP adalah seperti berikut :
Negara Projek Peluang Pekerjaan
Modal Pelaburan (RM)
Australia 2 19 399,550 Canada 1 30 330,328 Japan 23 1,959 1,266,833,011 Singapore 12 1,130 254,961,209 United States 4 73 17,277,700 New Zealand ** ** ** Brunei ** ** ** Jumlah*** 42 3,211 1,539,801,798 * Sumber : MIDA *** : Kecuali New Zealand dan Brunei
** Tiada Maklumat Lengkap
Nota : Nama syarikat yang membuat pelaburan adalah sulit. Sebarang makluman kepada pihak umum perlu mendapat kebenaran daripada pihak syarikat terlebih dahulu bagi mengelakkan maklumat-maklumat tersebut disalahgunakan.
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memitigasi risiko bab Investor-state dispute settlement (ISDS) di TPPA?
dispute settlement (ISDS) dalam TPPA adalah lebih fleksibel dalam dasar- dasar Kerajaan berkaitan kawalan selia, kesihatan awam, keselamatan dan perlindungan alam sekitar. Kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa ISDS akan menjamin hak pelabur Malaysia di luar
Hampir kesemua perjanjian dagangan antarabangsa yang terkini mensyaratkan peruntukan ISDS diguna pakai (dan mengetepikan saluran penyelesaian menerusi mahkamah negara tuan rumah) bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan pelaburan.
Ternyata peruntukan ISDS ini mendedahkan Malaysia dengan risiko diheret ke pengadilan antarabangsa jika berlaku percanggahan dengan syarikat antarabangsa. Namun demikian, Kerajaan Negeri tiada pilihan selain menerima keputusan yang telah dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.
Memandangkan risiko ISDS adalah besar, Kerajaan Negeri menegaskan supaya Kerajaan Persekutuan perlu mengambilkira pandangan Kerajaan Negeri terutama berkaitan hal-hal yang berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri seperti isu tanah. Namun adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Negeri. Konsultasi ini penting kerana ianya termasuklah hal-hal yang berkait dengan klausa-klausa perlindungan seperti affirmative action dan hak Negeri untuk menerima atau menawarkan pelaburan asing ke Negeri tersebut.
Kerajaan Persekutuan perlu menghormati semangat federalisme dan pengasingan kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan harus sedar bahawa persetujuan Kerajaan Negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya akan diurus dan diakomodasikan oleh Negeri. Maka Negeri berhak untuk menentukan apa yang ‘state exclude’ dan ‘state include’.