Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

30) TENAGA KERJA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan tenaga kerja asing yang telah susut dalam Negeri Selangor semenjak pasca pandemik COVID-19 bermula sehingga penghujung tahun 2021?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penduduk bekerja di negeri Selangor pada tahun 2021 adalah seramai 3.52 juta orang, iaitu sebanyak 23.4 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja nasional.

    Penduduk bekerja bukan warganegara merangkumi komposisi sebanyak 9.9 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja di negeri Selangor iaitu seramai 349.3 ribu orang. Penduduk bekerja bukan warganegara merekodkan penurunan 6.8 peratus atau berkurang seramai 25.6 ribu orang berbanding tahun 2020. Perbandingan antara tahun 2021 dengan tempoh prapandemik pada 2019, bilangan penduduk bekerja bukan warganegara di negeri Selangor merekodkan pengurangan sebanyak 94.9 ribu orang (2019: 444.1 orang).

    Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

    Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, jumlah pekerja asing yang diluluskan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi negeri Selangor untuk tempoh Januari sehingga Disember 2020 adalah seramai 449,878. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Disember 2021 pula, jumlah pekerja asing yang diluluskan PLKS bagi negeri Selangor adalah seramai 352,989. Statistik ini menunjukkan berlaku penyusutan 21.5% atau seramai 96,889 orang pekerja asing berdasarkan jumlah PLKS yang diluluskan bagi negeri Selangor.

    Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia

  2. Adakah kekurangan tenaga kerja asing ini dapat digantikan dengan tenaga kerja tempatan?

    Berdasarkan program – program pertemuan bersama pihak pekilang yang diadakan, pihak Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa para pekilang menghadapi kesulitan bagi mendapatkan sumber pekerja tempatan. Kebanyakan penduduk tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor perkilangan.

    Sehubungan dengan itu, bagi memenuhi keperluan semasa industri di Malaysia, kerajaan telah membenarkan majikan menggajikan pekerja asing. Walau bagaimanapun hanya beberapa sektor dan sub sektor tertentu sahaja dibenarkan yang mana telah dikenalpasti kurang diminati oleh pencari kerja tempatan.

    Antara sektor – sektor dan sub-sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing seperti berikut;-

    Sektor – sektor utama;-

    Bil. Sektor
    1. Perkhidmatan
    2. Perkilangan / Pembuatan
    3. Pembinaan
    4. Perladangan
    5. Pertanian
    6. Perlombongan dan Pengkuarian

     

    Sub-sektor yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing;-

    Bil. Sub-Sektor Perkhidmatan
    1. Restoren
    2. Pembersihan dan pencucian
    3. Resort di Pulau Peranginan
    4. Hotel
    5. Kedi (Lelaki)
    6. SPA
    7. Pusat Urutan Kaki
    8. Pengendalian Kargo
    9. Borong dan Runcit.

     

    Dasar semasa penggajian pekerja asing.

     

    1. Penggajian Pekerja asing adalah langkah sementara bagi menampung keperluan industri. Keutamaan penggajian masih kepada pekerja tempatan. Oleh yang demikian majikan diwajibkan memaklumkan kekosongan jawatan dalam portal JobsMalaysia bagi memastikan pencari kerja tempatan yang berdaftar dalam portal tersebut diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang wujud.

     

    1. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja sebagai pekerja asas sahaja dan sektor dalam sub-sektor yang dibenarkan.

     

    1. Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja di barisan hadapan (front line).

     

    1. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi 10 tahun sahaja.

     

    1. Pekerja asing tidak dibenarkan berkahwin di Malaysia dalam tempoh penggajian mereka. Mereka juga tidak dibenarkan membawa ahli keluarga mereka untuk tinggal di Malaysia.

     

    1. Mulai 1 Januari 2018, levi pekerja asing ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan majikan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang potongan dari gaji pekerja ke atas levi tersebut.

     

    1. Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perumahan yang bersesuaian kepada pekerja asing mereka sepertimana yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Penetapan Standard Minimum Penginapan Pekerja Asing.

     

    Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

  3. Adakah tenaga kerja asing diperlukan kembali di Selangor?

    Secara dasarnya, tenaga kerja asing masih diperlukan kembali di Selangor bagi menampung keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh pihak industri di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.