Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
43) TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR (TAWAS)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sehingga Mei 2011 berapa banyak penyertaan Tawas berbanding dengan kelahiran di negeri Selangor , Sila pecahkan mengikut daerah ?
Jumlah kelahiran secara keseluruhan di negeri Selangor sehingga Mei 2011 mengikut anggaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), setahun adalah sebanyak 70,000 kelahiran. Setelah ditolak 10% mereka yang bukan warga Selangor untuk tempoh 2 ½ tahun seramai 158,000 kelahiran manakala seramai 47,763 (30%) yang telah didaftarkan untuk projek TAWAS. Buat masa ini YAWAS tidak dapat memberikan maklumat pecahan mengikut daerah, kerana dalam rekod YAWAS hanya terdapat pecahan mengikut DUN dan Parlimen sahaja.
-
Apakah nilai semasa bagi setiap tabungan Tawas ?
Nilai semasa bagi setiap tabungan TAWAS adalah sebanyak RM100.00.
-
Apakah langkah kerajaan untuk meningkatkan lagi pendaftaran Tawas ?
YAWAS bagi pihak kerajaan negeri Selangor telah mengatur strategi untuk meningkatkan lagi pendaftaran TAWAS, antaranya adalah:
- Penambahan kaunter pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor.
- Bekerjasama dengan pihak sukarelawan hospital dan klinik awam mahupun swasta dalam membantu untuk meningkatkan pendaftaran TAWAS.
- Kerjasama dari Pusat Khidmat DUN dan Pemimpin Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran seperti menganjurkan mini program di kawasan masing – masing. Juga untuk memaklumkan Agenda MES terutama di kawasan pendalaman.
- YAWAS telah menyediakan pendaftaran atas talian (online) untuk memudahkan dan melicinkan lagi proses pendaftaran.
- Promosi dan publisiti media baru seperti menggunakan blog – blog yang mempunyai ramai pembaca harian dan bulanan seperti Blog Milosuam. YAWAS juga mendapatkan khidmat daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk tujuan promosi seperti Tenaganita
-
d) Berapa banyak yang telah digunakan oleh kerajaan Negeri untuk membayar Tawas?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 23 Jun 2011 telah menolak soalan ini.