Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Kelima Belas Tahun 2025

7 Julai 2025 Hingga 11 Julai 2025 Dan 14 Julai 2025 Hingga 18 Julai 2025

384) SUKMA 2026

Tahun: 2025

Sesi: 2

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah senarai sukan-sukan yang akan dipertandingkan dalam SUKMA Selangor 2026 ?

    Penganjuran Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) 2026 adalah merupakan edisi kali ke-22 yang mana kali terakhir Negeri Selangor bertindak selaku Tuan Rumah adalah pada 28 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1998.

     

    Ketetapan jenis sukan yang akan dipertandingkan di setiap Temasya SUKMA adalah berdasarkan Peraturan Tetap Sukan Malaysia adalah ditetapkan sebanyak 28 jenis sukan adalah seperti berikut :-

     

    1) Akuatik (Renang, Terjun, Polo Air & Renang Berirama) 15) Berbasikal (BMX / Trek / & Lebuhraya & MTB)
    2) Angkat Berat 16) Karate
    3) Badminton 17) Lawn Bowls
    4) Ping Pong 18) Pencak Silat
    5) Gimnastik Artistik  / Gimrama 19) Sepak Takraw
    6) Golf 20) Skuasy
    7) Lawan Pedang 21) Tenpin Boling
    8) Memanah 22) Wushu
    9) Menembak 23) Bola Sepak
    10) Olahraga 24) Ragbi
    11) Pelayaran 25) Bola Jaring
    12) Hoki 26) Bola Keranjang
    13) Judo 27) Bola Tampar
    14) Taekwondo 28) Tenis

     

    Walau bagaimanapun jumlah keseluruhan acara yang akan dipertandingan masih belum diputuskan lagi dan ianya akan diketahui sejurus Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKAN MALAYSIA membuat pengesahan rasmi. Ini termasuk 5 sukan tambahan yang bakal diumumkan kemudian menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 33 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada Temasya SUKMA 2026.

     

    Dalam memastikan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 Selangor dapat dijalankan dengan baik sebuah Sekretariat SUKMA telah dibentuk bagi memastikan kelancaran Temasya. Pihak Sekretariat telah mengenalpasti venue-venue pertandingan sebagai infa sukan yang akan digunakan sepanjang Temasya SUKMA tersebut. Tiada keperluan untuk membina infrastuktur sukan yang baru dan ianya dilihat lebih efisyen dari segi penjimatan kos. Namun semua Venue Pertandingan hanya akan dinaiktaraf dan diperbaiki bagi memastikan ianya mengikut standart yang telah ditetapkan.

     

     

    Berikut adalah senarai Infra yang akan digunakan sebagai venue pertandingan sepanjang tempoh Temasya berlangsung.

     

    BIL SUKAN LOKASI
    1. Akuatik – Terjun Pusat Akuatik Darul Ehsan Shah Alam
    Akuatik – Renang
    Akuatik – Renang Berirama
    Akuatik – Polo Air
    2. Angkat Berat Dewan Seri Cempaka MPKj
    3. Badminton Setia Convention Centre Setia Alam
    4. Berbasikal – Lebuhraya Lebuhraya SIC & Sepang International Circuit
    Berbasikal Trek Velodrom Nasional Nilai
    Berbasikal – BMX Xtreme Park MBPJ
    Berbasikal – MTB Lembah Peladang Agro Park

    Puncak Alam

    5. Bola Jaring Stadium Tertutup Kuala Selangor
    6. Bola Keranjang 5×5 Dewan Bola Keranjang Bukit Tinggi 2
    Bola Keranjang 3×3

     

    7. Bola Sepak Lelaki Stadium MBPJ
    Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
    Stadium Bandar Baru Salak Tinggi Sepang
    Stadium Saidina Hamzah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak
    Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    Bola Sepak Wanita Stadium Selayang
    Stadium Kuala Kubu Bahru
    Stadium UNITEN Bangi
    Futsal Lelaki Dewan Kompleks Belia & Sukan ( KOMBES ) Selangor
    Futsal Wanita Sportiza / Dewan Kompleks Belia & Sukan KOMBES Selangor
    8. Bola Tampar Dewan Dewan MBSA Seksyen 4 & Seksyen 19
    Bola Tampar Pantai Dewan MBSA Seksyen 19
    9. Boling Padang Stadium Tertutup Bayuemas
    10. Gimnastik – Gimrama Dewan Chancellor Tun Abdul Razak

    Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )

    Gimnastik – Artistik
    11. Golf Kelab Golf Negara Subang / Kelab Golf Glenmarie

     

    12. Hoki Lelaki Stadium Hoki MBPJ
    Hoki Wanita Stadium Hoki Pandamaran
    13. Judo Ideal Convention Centre Shah Alam

    ( IDCC )

    14. Karate – Do
    15. Taekwondo
    16. Wushu
    17. Lawan Pedang Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam
    18. Memanah Stadium INPENS
    19. Menembak Lapang Sasar Negara Subang
    20. Olahraga Stadium Universiti Putra Malaysia ( UPM )
    21. Pelayaran Pusat Latihan Perahu Layar Batu Laut
    22. Pencak Silat Dewan Seri Sarjana UNITEN
    23. Ping Pong Stadium Tertutup Inspen
    24. Ragbi Stadium Kota Raja Klang
    25. Sepak Takraw MSU Hall Management Science University
    26 Skuasy Astaka MBPJ
    27. Tenis       i.        Kompleks Sukan Kelana Jaya &

    ii.        Kompleks Sukan PKNS

    28. Tenpin Boling Sunway Megalanes

     

     

     

    Perasmiaan Pembukaan Perasmian Penutup
    Litar Lumba Sepang

    ( Sepang International Circuit – SIC )

    Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

    ( TBC )

     

    Bagi menjayakan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 Kos keseluruhan perbelanjaan penganjuran dianggarkan berjumlah RM250,000,000.00. Ianya melibatkan kos dari aspek pengurusan sekretariat, persediaan atlet, penyediaan teknikal peralatan kelengkapan pertandingan, perkampungan sukan / makan minum, sistem teknologi ICT/ sistem, logistik/ pengangkutan, media/ promosi / protokol, hadiah / cenderamata, keselamatan / kecemasan/ Doping, Majlis Pembukaan / penutup / Majlis makan malam rasmi/ pertandingan golf VIP, Pelancaran Temasya / larian obor, sukarelawan, dan infrastruktur/venue pertandingan.

     

    Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyediakan peruntukan sejumlah RM 100,000,000.00 kepada Sekretariat  SUKMA Selangor bagi menguruskan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026. Namun untuk menampung kos penganjuran yang tinggi ini kerajaan Negeri Selangor percaya akan ada jumlah penajaan daripada Syarikat Agensi Kerajaan ( GLC ) mahupun Swasta akan turut bersama membantu dalam pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.