Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
49) SRJK (TAMIL) RRI – RUBBER RESEARCH INTITUTE
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status tapak ganti untuk sekolah tersebut sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan sebelum ini?
Kwasaland selaku pemilik tanah memaklumkan pihaknya telah memperuntukkan dua plot tanah yang terletak berdampingan (berkongsi sempadan) sebagai tapak ganti SRJK (Tamil). Tapak tersebut dikenali sebagai SR-3(i) seluas 1.46 ekar dan SR-3(ii) seluas 4.53 ekar.
Plot tanah SR-3(i) telah diserahkan kepada Kerajaan selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 24/2015 bertarikh 29 Julai 2015 bagi urusan Serah Balik dan Berimilik Semula di bawah Seksyen 204B Kanun Tanah Negara.
Plot tanah SR-3(ii) sedang dalam proses untuk Serah Balik dan Berimilik Semula di bawah Seksyen 204B Kanun Tanah Negara.
Setelah kedua-dua plot tanah selesai diserahkan kepada Kerajaan, urusan pewartaan tapak sekolah di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara akan dilakukan.
-
Berapakah luas dan lokasi tanah tersebut?
Jumlah keluasan dua plot tanah ini ialah 5.93 ekar. Kedua-dua plot tanah yang berdampingan (berkongsi sempadan) ini terletak di Persiaran Kwasa Utama.
-
Apakah masalah utama (jika ada) berkaitan perkara tersebut?
Tiada masalah berkaitan perkara di atas.