Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
297) SISTEM TENDER TERENDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pegawai penguatkuasa PBT di seluruh Negeri Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pegawai penguatkuasa PBT di Negeri Selangor adalah seramai 1,987 orang.
-
Adakah penguatkuasa diberikan 'bodycam' semasa menjalani tugas penguatkuasa?
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bilangan 1/2020 pada 18 Februari 2020 yang telah bersetuju supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkemampuan dari segi kedudukan kewangan membekalkan kamera badan bagi Pegawai-Pegawai Penguatkuasa di PBT masing-masing untuk meningkatkan keselamatan pegawai. 11 buah PBT telah menggunakan kamera badan dan hanya 1 PBT masih belum menggunakan kamera badan iaitu MDSB.
-
Berapakah jumlah kos jika ‘bodycam' diperuntukkan untuk penguatkuasa PBT di seluruh Negeri Selangor?
Kos pembelian kamera badan oleh PBT di Negeri Selangor adalah RM697,630.00 dengan pecahan seperti berikut: