Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

135) RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka yang telah membeli rumah Selangor tetapi menyewanya dan ada yang menjualnya?

    Jawapan a) & b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Mampu Milik Rumah Selangorku (RSKU) Negeri Selangor adalah untuk merealisasikan matlamat “Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna”. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Selaku pemilik rumah, perlu mengambil peluang sebaik mungkin untuk mendiami perumahan RSKU sejajar kriteria syarat kelayakan utama yang ditetapkan kepada pemohon yang belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.

    Namun begitu, Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 92 dan Seksyen 340 Kanun Tanah Negara telah memperuntukkan hak kepada warganegara Malaysia untuk memiliki harta dan kebebasan untuk membuat urus niaga termasuklah penyewaan dan penjualan ke atas harta tersebut. Oleh itu, sebarang mekanisme atau tindakan penguatkuasaan bagi menyekat sebarang urusniaga menyewa atau menjual mana-mana harta ke atas rakyat Malaysia adalah berlawanan dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

    Walau bagaimanapun, terdapat dasar dan garis panduan telah disediakan untuk mengawal urus niaga hartanah kawalan di negeri Selangor seperti berikut:-

    i. Dasar Permohonan Kebenaran Pindah Milik hartanah Harga Kawalan Negeri Selangor Pindaan Tahun 2021 yang diluluskan MMKN Ke 39/2021 bertarikh 17 November 2021 dan disahkan MMKN Ke 40/2021 bertarikh     24 November 2021.

    ii.Dasar Kawalan Penyewaan Warga Asing Di Rumah Kos Rendah/ Rumah Selangorku/ Rumah Mampu Milik Negeri Selangor yang diluluskan MMKN Ke 3/2023 bertarikh 1 Februari 2023 dan disahkan MMKN Ke 4/2023 bertarikh 17 Februari 2023.

  2. Nyatakan berapa banyak dan jumlah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.