Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

185) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB) SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi tahunan bilangan program dan implikasi kewangan PWB Selangor sejak ia ditubuhkan (2014 - kini).

    Untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Sepat, bagi tahun 2018, perjawatan Penyelia-penyelia PWB telah ditamatkan sebaik sahaja pembubaran DUN berlaku pada bulan April 2018. Pelantikan Penyelia PWB yang baharu hanya dapat dilaksanakan pada 1 September 2018, iaitu setelah melalui proses pemilihan dan temuduga. Justeru itu, laporan program-program yang akan saya bentangkan ini adalah program-program yang dijalankan bermula bulan September 2018 sehingga Jun 2020 sebagaimana berikut:

    Tahun Bilangan Program Jumlah perbelanjaan
    September – Disember 2018 479 RM877,483.75
    Januari – Disember 2019 1319 RM2,617,205.68
    Januari – Jun 2020 143 RM510,254.63
  2. Adakah cadangan penambahan peruntukan program PWB untuk masa akan datang?

    Buat masa ini tiada cadangan penambahan peruntukan bagi Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk masa akan datang kerana berdasarkan laporan kewangan Pusat Wanita Berdaya (PWB) pada akhir tahun 2019, daripada sejumlah RM3juta yang telah diperuntukkan masih terdapat baki peruntukan yang tidak dibelanjakan. Justeru, pelaksanaan program-program Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor akan diteruskan menggunapakai peruntukan sedia ada dengan membuat perbelanjaan secara berhemah.

Lampiran

Tiada Lampiran.