Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
168) PUSAT CAC DEWAN MALAWATI SHAH ALAM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kenapakah pusat ini masih terus dibenarkan untuk beroperasi walaupun tidak dapat menampung jumlah yang melebihi kapasiti?
CAC Stadium Melawati menguruskan kes-kes positif Covid bagi tujuan berikut:
- Melakukan penilaian klinikal bagi kes-kes yang baru didiagnos
- Melakukan penilaian bagi kes-kes yang akan diberi pelepasan kuarantin
Kapasiti CAC Melawati sebelum bermulanya fungsi CAC Virtual dan sebelum strategi kuarantin di rumah bagi kes-kes tidak bergejala serta tidak perlu ke CAC adalah sekitar 4200-4700 orang sehari.
Namun, setelah bermulanya CAC Virtual serta strategi baru yang disebutkan (bagi mengurangkan kesesakan di CAC tersebut), penurunan mendadak kujungan pesakit dapat dilihat bermula awal Ogos 2021. Purata kedatangan harian ke CAC Stadium Melawati telah berkurangan sehingga 2200 kes sehari, dan ini memberikan lebih banyak ruang kepada pengendali di CAC tersebut untuk menumpukan penilaian dan perawatan kepada pesakit yang bergejala teruk.